Ahad, 8 Disember 2019

Cungkil bakat baharu bola sepak:Jamawi


Jamawi melakukan sepak mula sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut.

KEMABONG : Usaha untuk memperkasakan kecermalangan sukan bola sepak di negeri ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan lebih banyak penganjuran untuk mencungkil bakat bakat baharu dalam sukan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata usaha ini perlu dimulakan di zaman kanak kanak lagi bukan sahaja mencungkil lebih ramai bakat baharu yang berkualiti untuk diasuh dan diketengahkan ke peringkat lebih jauh .

" Pemain yang ada sekarang akan berpindah fasa dan sampai waktunya kerana faktor usia mereka akan bersara ,justeru kita perlu menyediakan pelapis baharu yang perlu kita garap di peringkat kanak-kanak lagi" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan bola sepak bawah 12 tahun di padang bola kampung Mailo dekat sini kemarin.

Jamawi bersalaman dengan para pemain dan pengadil yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Menurut Jamawi yang juga Presiden JJ Football Club Tenom , sukan bola  sepak bukan sahaja permainan yang perlu diperkembangkan di peringkat akar umbi tetapi pelan pembangunan untuk ketengahkan bakat baharu yang berpotensi juga perlu dilakukan

"Program ini tidak boleh dibiarkan dengan sendirinya tetapi perlu dilaksanakan dengan kaedah saintifik dan profesional, barulah dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti," katanya.

Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan kejohanan tersebut.

Menurut Jamawi di peringkat daerah telah di wujudkan JJ Football Club sebagai akademik untukn melatih anak anak muda tempatan dalam sukan ini dari peringkat belia ,wanita dan kanak-kanak yang cukup mendapat sambutan dari golongan belia termasuk kanak-kanak.

" Sambutanya begitu amat menggalakkan dan kita merancang untuk terus mengadakan pelbagai program latihan,bengkel dan lain lain khusus untuk memberikan pendidikan yang betul dalam sukan ini " katanya.

Jamawi menambah melalui program program yang dikendalikan oleh JJ Football Club beliau berhasrat untuk melihat lebih rama anak-anak muda dari daerah Tenom dan Kemabong menjadi pemain bola sepak yang baik sehingga mewakili negara satu hari nanti.

"Saya berharap pemain-pemain muda yang menyertai program ini menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mengembangkan bakat mereka" katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan