Selasa, 3 Disember 2019

ARIFIN CADANG BINA PUSAT SUKAN BERSEPADU

Arifin (tiga dari kanan) mengiring Syed Saddiq menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana program tersebut.

MEMBAKUT : Kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dicadangkan untuk membina sebuah Pusat Sukan Bersepadu di bahagian Zon 3 yang merangkumi kawasan Parlimen Kimanis ,Beaufort dan Sipitang. 
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Arif  berkata, cadangan itu turut disuarakan  kepada Menteri Belia dan Sukan Tuan Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa beliau hadir ke daerah Membakut baru baru ini.
Menurut Arifin cadangan ini  seiring dengan pembangunan  Belia terutamanya dalam bidang sukan dimana  pembinaan pusat ini merupakan satu keperluan agar golongan belia mendapat tempat yang lebih sesuai,selesa yang dilengkapi dengan  pelbagai kemudahan untuk melakukan kegiatan sukan yang mereka minati.
Arifin bersama Syed Saddiq berbasikal dari dewan Wawasan Pimping menunju ke Pantai kampung Pimping Salah satu acara sempana majlis tersebut.

“Kita mahu Pusat Sukan Bersepadu ini diguna oleh anak-anak muda untuk mengembangkan bakat mereka dalam kegiatan sukan yang mereka minati selain kegiatan kegiatan belia yang lain" 
" Dengan adanya Pusat Sukan Bersepadu ini yang mempunyai fasiliti lengkap kita yakin lebih ramai atlet sukan akan dapat kita tonjolkan khususnya dari kawasan Pedalaman Bawah " katanya ketika ditemui selepas  majlis perasmian 
Town Hall Belia Zon 3 di dewan Wawasan kampung Pimping Baru baru ini dimana majlis perasmiannya di sempurnakan  oleh Menteri Belia dan Sukan Tuan Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 
Menurut Arifin Sukan merupakan satu flatfrom untuk mengumpul golongan belia dalam membentuk golongan ini memiliki daya juang yang tinggi bagi menghadapi segala cabaran selain dapat membentuk disiplin serta akhlak golongan ini.

Mengulas program Town Hall Belia  Arifin yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kimanis berkata program tersebut amat baik bagi memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan belia tentang isu isu belia dan semasa negara.

Katanya program tersebut merupakan satu pembugaran nilai musyawarah muzakarah dan maufakat  berasaskan ilmu yang membudayakan golongan muda

" Di satu sudut saya mentakrifkan akronim muda sebagai minda,usaha dedikasi dan akhlak" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan