Khamis, 19 Disember 2019

Penduduk diharap berwaspada, peka situasi banjir :Jamawi


Jamawi ketika menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di salah sebuah pusat pemindahan sementara di Kemabong 

KEMBAONG : Penduduk di daerah ini khususnya di kawasan berisiko banjir diminta berhati-hati dan segera berpindah sebelum air naik mendadak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar , berkata ini susulan hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu menyebabkan sungai Padas dan di beberapa tempat yang rendah dilanda banjir .

"Susulan hujan lebat yang berlaku beberapa hari ini, penduduk di Kemabong  diminta berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Bersimpati Jamawi mendokong seorang kanak kanak semasa melawat di salah sebuah Pusat Pemindahan sementara .

Ini kerana amaran hujan lebat dan angin kencang sudah dikeluarkan dengan keadaan cuaca diramal berlanjutan sehingga ke hujung bulan Disember ini.

"Sekiranya perlu, penduduk harus berpindah ke pusat pemindahan sementara di yang disediakan di beberapa buah kampung yang dikenal pasti berisiko  sebelum air naik mendadak.

"Agensi kerajaan Pusat dan negeri sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan mereka bersedia membantu pada bila-bila masa sahaja," katanya ketika ditemui selepas melawat dan mengagih-agihkan bantuan makanan di beberapa buah Pusat Pemindahan sementara di sini kemarin

Jamawi memberikan taklimat kepada penduduk yang terjejas banjir ketika melawat salah sebuah pusat pemindahan sementara .

Sementara itu, Jamawi  berkata, seramai 510 penduduk dari beberapa buah kampung yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan sementara iaitu di Maugus menempatkan 74 Ketua isi rumah(Kir) Gumisi Ulu 9 (Kir) ,Gumisi Laut 20 (Kir) Labut Dua 24 (Kir),Lalandang 9(Kir) dan Angalor 2 (Kit)


"Mereka mengambil langkah untuk berpindah awal sebelum air naik lebih teruk. Segala keperluan makanan dan tempat tidur untuk semua sudah disediakan oleh jawatankuasa Bencana Alam dan Daerah dan MPKK yang terlibat " katanya

Salah sebuah rumah penduduk di kampung Sapong yang terjejas dengan banjir kali ini

Katanya, Pusat Kawalan Operasi Banjir Tenom dan Kemabong sudah bersedia untuk menempuhi sebarang kemungkinan susulan cuaca buruk ini.

Jamawi juga turut meningkatkan agar penduduk yang tinggal berhampiran sungai Padas mengikut arahan dari pihak yang berwajib apabila diminta berpindah 

" Penduduk yang tinggal berhampiran sungai Padas adalah yang berisiko tinggi justeru jika ada arahan berpindah perlu dipatuhi dan menyelamatkan  dokumen dokumen penting selain menguasai anak anak mereka bermain banjir" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan