![]() |
TAHNIAH..Johair menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana majlis tersebut.
|
Oleh:Qu Awin
BEAUFORT: Kemahiran seni jahitan kreatif mampu mendekatkan wanita dengan bidang keusahawanan, sekali gus membantu mengubah struktur ekonomi termasuk golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Penghasilan pelbagai produk inovasi jahitan yang unik dan berkualiti berpotensi bukan saja untuk pasaran tempatan tetapi diyakini mampu dikomersilkan ke pasaran antarabangsa.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Klias Datuk hajah Johair Matlani berkata, kegigihan, ketekunan dan keberanian golongan wanita menceburi keusahawanan jahitan kreatif perlu diiktiraf supaya mampu menjadi ikutan dalam membangunkan ekonomi masyarakat.
"Program kemahiran seni jahitan kreatif seperti ini perlu dipergiatkan lagi demi memberi peluang kepada masyarakat mendekatkan diri dalam dunia keusahawanan.
"Pada hari ini, keusahawanan amat penting memandangkan ia adalah pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi selain mampu mengubah struktur masyarakat," katanya, ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Menjahit Membuat Kek dan Bun di dewan Pejabat Kemas dekat sini kemarin.
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Beaufort Peter Junu Muinjil dan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Beaufort Remy Awang.
![]() |
RAIKAN..Johair memotong kek hasil kerja tangan peserta kursus sebagai simbol meraikan kejayaan mereka menamatkan kursus tersebut.
|
Menurut Hajah Johair yang juga Ketua Bahagian Warisan Bahagian Beaufort golongan wanita perllu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menaiktaraf kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang bidang yang sesuai bagi golongan ini mennceburi bidang perniagaan.
" Selain latihan kemahiran kerajaan juga melalui pelbagai agensinya turut menyediakan bantuan dari segi pinjaman kewangan bagi mana mana golongan wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan yang perlu dimanafaatkan oleh golongan wanita untuk mencari sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan keluarga" katanya.
Tambah Hajah Johair selain jahitan golongan wanita juga boleh menceburi bidang perniagaan seperti membuat kek, Bun dan biskut yang mudah diusahakan dan di pasarkan.
" Saya yakin dengan inovasi dan kreativiti golongan wanita dalam dua bidang ini merupakan boleh melakukanya malah jika dilakukan secara serius ianya mampu menjana pendapatan seharian' tambah Hajah Johair.
Menyentuh soal pasaran Hajah Johair berkata selaian pasaran tempatan golongan wanita juga perlu lebarkan pemasaran prodak yang mereka hasilkan ke luar daerah.
" Dengan kecanggihan teknologi maklumat ketika ini turut memberikan kemudahan kepada mereka memasarkan segala prodak mereka secara dalam talian" katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan