![]() |
| Jamawi ketika memberikan taklimat kepada pengerusi-pengerusi MPKK yang menyertai program tersebut. |
KEMABONG : Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)memain peranan penting dalam pentadbiran sesebuah kampung.
Ahli Dewan undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata MPKK turut menjadi nadi perantara pentadbiran kampung dengan wakil rakyat serta kerajaan dalam usaha membawa pembangunan di kampung.
“Memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembangunan negeri, maka ahli jawatankuasa MPKK perlu peka dengan dasar dibawakan kerajaan.
“Selain itu, MPKK juga harus menjadi ejen penyebar maklumat program kerajaan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa memberikan motivasi dan amanat dalam penutupan kursus pemantapan dan lawatan sambil belajar MPKK ke Maris Canter dan Rundum Highland di Maris Center dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Pengerusi-pengerusi MPKK DUN Kemabong yang hadir ke majlis tersebut. |
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamaludin Kamarudin ,Ketua Daerah Kemabong Pangout Limbang dan Pegawai Penerangan Daerah Tenom Sahiman Rahman.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MPPK perlu aktif membuat perancangan rapi untuk memajukan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan bagi kampung masing-masing.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba ke majlis tersebut. |
Sehubungan dengan itu katanya program tersebut dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada para pengerusi MPKK menimba ilmu pengetahuan dengan menjadikan dua buah kampung iaitu Marais Center Dan Rundum Highlands yang telah ke hadapan dalam sektor pelancongan dengan menguasahakan pelancongan komuniti melalui koperasi yang diusahakan oleh penduduk kampung.
"Kedua dua kampung ini di jadikan contoh untuk kampung kampung lain dalam DUN Kemabong yang sudah berjaya dalam Pelancongan berasaskan Komuniti dan mempunyai koperasinya sendiri yang berdaya maju" katanya
Menurut Jamawi sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut hasrat beliau adalah untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat melalui sektor pelancongan
Dalam pada itu Jamawi juga berharap MPKK, perlu memastikan aspek keselamatan kampung terutama elemen negatif yang boleh memecahbelahkan keharmonian kampung perlu diberikan perhatian.









0 ulasan:
Catat Ulasan