Selasa, 3 Disember 2019

Motocross Challenge Kemabong 2019 Ditunda ke tarikh 21-22 Disember ini

Presiden Presiden Kelab Motor Tenom Khyzal Ezy Ahmad (dua dari kiri ) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut

KEMABONG : Kejohanan Motorcross Challenge Kemabong 2019.
yang sepatutnya diadakan pada 5 hingga 8 Disember ini di tunda kepada tarikh baharu iaitu pada 21-22 Disember 2019 di lokasi yang sama di Trek KMT Kemabong.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong yang juga pengerusi kejohanan  Djamiluddin Kamarudin  berkata penundaan tarikh kejohanan ini disebabkan beberapa perkara antaranya masalah teknikal disamping memberi ruang kepada para peserta yang belum sempat mendaftarkan diri  untuk menyertai kejohanan ini.

" Jawatankuasa kejohanan telah mengadakan perbincangan dan bersetuju menunda tarikh kejohanan ini kepada satu tarikh baharu iaitu pada 21 sehingga 22 Disember depan dimana kejohanan ini dipanggil dengan nama baharu  Kejohanan Motorcross Challenge Kemabong 2019 " katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa pelaksana kejohanan tersebut di Tenom kemarin.

Hadir sama  Presiden Kelab Motor Tenom Khyzal Ezy Ahmad

Menurut Djamiluddin pihaknya menjangka penyertaan untuk kejohanan edisi kedua ini akan lebih meriah dari penganjuran sebelum ini melalui tujuh ketegori yang dipertandingkan iaitu  Open Enduroo,Open Veteran Enduroo,Standard,Cubcross Mx Open ,Mx Veteran dan Mx 125 Open 

" Setakat ini kita telah menerima penyertaan dari peserta tempatan (Sabah) Sarawak dan Labuan " katanya

Sementara itu Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata  acara ini merupakan salah satu acara bagi mengisi kegiatan tahun melawat Tenom 2020  khususnya didearah Kemabong bagi menarik orang ramai khususnya peserta untuk datang melawat daerah kecil Kembong.

" Kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk melawat daerah ini bukan sekadar melihat kejohanan ini tapi turut melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di daerah ini antaranya Rundum Highland ,Merais Canter Dan beberapa lagi tempat menarik di daerah ini" katanya.

Menurut Jamawi kejohanan edisi pertama kejohanan ini cukup menarik Perserta yang bukan sahaja datangnya  dari negeri ini malah peserta dari lain lain negeri turut menyertainya .

Imbas kembali kejohanan edisi pertama sebelum ini wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar memberikan taklimat kepada para peserta .

" Kehadiran peserta dari luar selain menyertai kejohanan ini sudah tentu mereka akan teetarik dengan adat serta budaya masyarakat di sini selain melawat beberapa tempat menarik seperti yang terdapat di daerah kecil  Kemabong" katanya.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe dijangka akan merasmikan kejohanan ini.



0 ulasan:

Catat Ulasan