Khamis, 12 Disember 2019

MESYUARAT AGUNG PBBS KE 27 CIPTA SEJARAH

Mesyuarat Agung (PBBS) kali ke 27 catat sejarahnya tersendiri.

BEAUFORT: Mesyuarat Agung Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) kali ke 27 ahad ini (15 Disember) mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kalinya persatuan itu akan mengadakan mesyuarat agung tahunanya di dalam dewan bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian (PBBS).

Timbalan Presiden (PBBS) Haji Ruslan Muharam (gambar) berkata setelah usia persatuan itu mencapai 43 tahun dan 27 kali mengadakan mesyuarat agungnya sudah tentu mesyuarat agung kali ini  ahli-ahli (PBBS) dan masyarakat  Bisaya keseluruahnya bangga dan amat teruja kerana dapat mengadakan perhimpunan di dalam dewan bangunan milik persatuan.

Bagunan yang dibina pada tahun 2014 mendapat peruntukan khas dari kerajaan pusat sebanyak RM3 juta itu dibina pada keluasan tanah 5 ekar dan siap sepenuhnya pada tahun 2015 dimana selain memiliki ruang pejabat, gelari bangunan ini juga mempunyai sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar seribu orang untuk satu satu majlis.


Dewan yang terdapat di bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian (PBBS) boleh memuatkan sekitar seribu orang
Pada 18 Jun 2019 lepas kerajaan khususnya Pejabat Daerah Beaufort secara rasminya telah menyerahkan bangunan ini kepada PBBS untuk urusan pentadbiranya.

" Mesyuarat Agung PBBS kali ke 27 kali ini mencipta sejarahnya bagi persatuan, perwakilan dan masyarakat Bisaya , dimana inilah buat julung kalinya PBBS bersidang di bangunan sendiri" katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Haji Ruslan yang juga Pengerusi Penganjur mesyuarat agong kali ini akan dirasmikan oleh Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji  Ukin yang  akan dihadiri lebih dari seribu orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri.

Katanya pelbagai isu dijangka akan disentuh oleh Presiden dalam ucapan dasarnya yang akan turut dibahaskan oleh para perwakilan.

" Isu perpaduan ,pendidikan,ekonomi  dan bangunan PBBS dijangka akan dibahaskan oleh perwakilan pada mesyuarat agung kali ini " katanya.

Haji Ruslan berkata bangunan PBBS dijangka akan mendapat perhatian perwakilan untuk dibahaskan  dimana segala idea dan pandangan perwakilan akan diambil kira bagi menjadikan bangunan ini sebagai komuniti Bisaya yang  mencerminkan identiti dan budaya Bisaya melalui aktiviti aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun.

" Kita mengharapkan padangan  dan cadangan yang sesuai dari para perwakilan  untuk menyemarakan pusat yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat komuniti Bisaya tapi menyediakan aktiviti-aktiviti  yang boleh menarik minat orang ramai berkunjung ke sini disamping boleh menjana ekonomi masyarakat Bisaya khususnya dalam sektor pelancongan  "katanya 

0 ulasan:

Catat Ulasan