Khamis, 26 Disember 2019

BUNG AJAK RAKYAT PELIHARA PERPADUAN DAN SEMANGAT KEKITAAN

Bung bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis Kenduri Sekampung di PDM kampung Brunei Membakut.

KIMANIS: Selain perpaduan dan keharmonian kaum, semangat kekitaan perlu dipupuk dalam kalangan rakyat.
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata  semangat tersebut adalah pra-syarat kepada kesepaduan sosial dan kekuatan masyarakat selama ini khususnya di Sabah.
Sehubungan dengan itu Bung berkata , semangat kekitaan yang kental perlu dipupuk dan disemai dalam diri generasi pewaris kepimpinan negeri dan negara pada masa hadapan.
" Jangan biarkan bangsa kita (orang tempatan Sabah) dijajah oleh orang asing terutamanya dengan  memberikan ruang serta menyokong usaha pihak tertentu yang memberikan ruang kepada warga asing (PTI)  berada di negeri dengan mewujudkan program yang boleh menjejaskan masa depan rakyat Sabah khususnya generasi muda (merujuk kepada pemberian PSS) " katanya ketika berucap di majlis rumah terbuka Krismas di kampung Gadong Kimanis dekat sini baru baru ini.
Bung semasa berucap di majlis sambutan Krismas kampung Gadong Kimanis.
Sehubungan dengan itu Bung berharap sambutan Krismas perlu dijadikan wadah untuk memperkukuhkan perpaduan bukan sahaja dikalangan mereka yang merayakannya namun masyarakat lain perlu bersama berkongsi kemariahnnya dengan mengekalkan budaya kunjungi mengunjungi antara sama lain.
"Kita berbangga dengan Sabah yang kaya dengan pelbagai budaya yang unik serta penduduknya yang hidup harmoni dan bersatu padu' katanya
Bung disambut oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort Abdullah sejurus tiba di PDM Kampung Brunei Membakut.

Sementara itu berucap di majlis Kenduri Sekampung di PDM kampung Brunei Membakut ,Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengajak rakyat agar menjadikan PRK Kimanis kali ini sebagai titik tolak kebangkitan bagi menantang segala kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan Warisan dan Pakatan Rakyat hari ini yang gagal membela kehidupan rakyat.
Katanya hampir dua tahun kerajaan hari ini memerintah namun kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat 
" Saya faham sebilangan dari kita pada PRU ke 14 sebelum ini terlalu ghairah dan terpedaya dengan janji manis  menukar kerajaan BN kerana mengharapkan perubahan yang lebih baik,sebaliknya apa yang kita rasakan selama hampir dua tahun mereka memerintah hidup rakyat lebih tertekan dan segala janji dalam manifesto gagal dilaksanakan" katanya.
Menurut Bung keadaan ini perlu memberikan kesedaran kepada rakyat khususnya di kawasan itu untuk bangkit memperbaiki keadaan dimana menurut beliau pemerintahan BN adalah jauh lebih baik dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan hari ini.
Hadir sama di majlis tersebut Ketua Bahagian UMNO Kimanis Datuk Mohamad Alamin,Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafray Arifin ,Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid ,Ahli majlis tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pemangku Ketua UMNO bahagian Beaufort Abdullah Haji Ukin.

0 ulasan:

Catat Ulasan