Selasa, 31 Disember 2019

PRK KIMANIS ARIFIN INGATKAN SRI KANDI BERSATU BERKEMPEN CARA BERHIKMAH

Arifin ingatkan Sri Kandi Bersatu berkempen cara berhikmah
Oleh:Qu Awin

MEMBAKUT: Ketua Penaja Bersatu Bahagian Kimanis mengingatkan jentera parti khususnya Sri Kandi Bersatu yang datangnya dari seluruh bahagian di negeri ini agar mengamalkan pendekatan berhikmah ketika kempen semasa PRK Kimanis yang bermula 04 Januari depan.

Katanya, budaya berhikmah dan berkasih sayang perlu menjadi amalan semasa mendekati rakyat di peringkat akar umbi yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza.

" Gunakanlah pendekatan berhikmah dan berkasih sayang ketika mengakrabi pengundi di peringkat akar umbi, jauhkanlah sifat caci cerca dan celah dengan memperlekehkan sesiapa sahaja semasa kita berkempen " katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Sri Kandi Bersatu dari seluruh bahagian di kediaman beliau di kampung Pimping Membakut baru baru ini.
Arifin (tengah) bersama ketua ketua Sri Kandi Bersatu dari seluruh bahagian semasa perjumpaan tersebut

Menurut Arifin yang juga Wakil rakyat kawasan Membakut matlamat utama ialah membantu calon Warisan yang diletakkan di kawasan itu bagi memenangi PRK kali ini.

" Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan memperjelaskan isu isu semasa yang dibangkitkan oleh parti lawan kepada rakyat agar  tidak dimanipulasikan demi kepentingan politik" katanya.

Arifin menambah jika pendekatan berhemah dilakukan dengan memperjelaskan isu isu semasa yang disertai dengan fakta dan hala tuju yang jelas rakyat akan mudah menerima dan memberikan sokongan kepada parti yang mewakili kerajaan.

Arifin berkata rakyat secara keseluruhanya mengharapkan politik yang stabil agar pembangunan dapat terus dirancang dan dilaksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan