![]() |
| Bung bersemangat mengajak jentera BN untuk terus berjuang |
MEMBAKUT: UMNO Sabah mengalu-alukan hasrat bekas Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Seri Panglima Anifah Aman yang akan membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Kimanis kali ini.
Ketuanya Dato' Sri Bung berkata sebagai bekas Ketua Umno dan Ahli Parlimen di kawasan itu Anifah sudah tentu berpengalaman dan mempunyai penyokong tetap di kawasan itu.
"Secara peribadi saya sudah dihubungi beliau( Anifah) semalam yang menyatakan kesediaan beliau membantu jentera BN pada PRK kali ini,BN/ UMNO Sabah amat mengalu-alukan kerjasama beliau bagi mempastikan calon BN boleh memenangi PRK kali ini' katanya ketika ditemui selepas majlis Ramah Mesra Barisan Nasional di dewan Kesenian Islam Membakut .
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annwar Musa ,Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr.Shamsul Anwar Nasarah dan Ketua UMNO bahagian Kimanis Datuk Muhamad Alamin
![]() |
| Bung (tengah) berbincang bersama Annwar dan Muhamad semasa majlis tersebut |
Semalam semasa berucap di majlis Ramah Mesra tersebut Ketua UMNO bahagian Kimanis Datuk Muhamad Alamin mengumumkan yang Anifah akan membantu BN dalam semangat Solidariti pembangkang di PRK Kimanis.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai bekas Ahli Parlimen Kimanis ,Anifah bukan sahaja mempunyai pengaruhnya tersendiri namun cukup memahami aspirasi rakyat di kawasan itu selama beliau menjadi wakil rakyat BN.
" Ini adalah nilai tambah kepada BN, bagaimanapun saya mengingatkan jentera BN untuk terus berkerja keras mendekati penyokong dan rakyat di peringkat akar umbi dengan membawa pelbagai isu yang sangat relevan semasa pemerintahan kerajaan sekarang yang banyak memberikan tekanan kepada rakyat sama ada soal kos sara hidup dan segala janji dalam manifesto semasa PRU 14 yang sehingga kini gagal dilaksanakan" katanya
![]() |
| Siapa sedia antara jentera BN yang hadir ke majlis tersebut |
Ketika diminta mengulas persediaan BN menghadapi PRK kali ini Bung berkata kesemua 19 PDM di bawah jagaan bapa angkat UMNO dari bahagian bahagian di negeri ini, telah diaktifkan dan mereka sudah mula berkampung di kawasan masing masing .
" Kita telah turun padang dan akan mengadakan kempen rumah ke rumah mendekati pengundi bagi menjelaskan beberapa isu yang telah menekan taraf hidup rakyat masa kini" katanya.
Sehubunganan dengan itu Bung berharap rakyat tidak akan terperangkap dengan segala janji dan pemberian yang dihulurkan oleh Parti Warisan dan Pakatan Harapan yang hanya timbul semasa pilihanraya sebaliknya janji yang diutarakan sebelum ini dalam membawa kesejahteraan dan pembangunan untuk rakyat gagal dilaksanakan.









0 ulasan:
Catat Ulasan