Oleh :Penulis Khas
![]() |
| Presiden Warisan Datuk Seri Haji Mohd Sahfie Apdal(kiri ) mahu ahli dan pemimpin Warisan jangan pandang remah PRK Kimanis. Bung (kanan) PRK kali ini satu ujian besar bagi beliau BN/UMNO Sabah |
KIMANIS: Keadaan cuaca di Sabah di penghujung tahun 2019 agak tidak menentu sekejap panas sekejap hujan dan dingin.Ada ketikanya terasa panas ,mungkin wap air laut yang dibawa angin dari Teluk Kimanis mula berhembus ketika kawasan itu bakal menghadapi PRK.
PRK Parlimen Kimanis yang akan berlangsung pada 18 Januari depan , penamaan calon akan diadakan di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort pada 4 Januari 2019 dan pengundian awal diadakan pada 14 Januari. Kini para pemain politiknya telah mula turun padang dalam sesi memanaskan badan menunjukkan skil dan aksi masing-masing di Padang Kimanis yang terkenal dengan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) ini.
![]() |
| Karim Bujang (kiri ) dan Mohamad Alamin (kanan) antara yang disebut sebut sebagai calon Warisan dan BN |
PRK Kimanis adalah PRK kali ke 10 diadakan selepas PRU ke 14 diadakan .Ianya berlaku apabila Mahkamah Persekutuan pada 1Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Ogos lalu yang memutuskan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerusi Parlimen Kimanis sebagai tidak sah dan batal.
Ini berikutan dengan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang membicarakan petisyen difailkan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Sebelum ini, Karim memfailkan petisyen bagi menyemak semula keputusan pilihan raya kawasan berkenaan selepas PRU-14 tahun lalu yang pada awalnya ditolak Mahkamah Khas Pilihan Raya, namun dikembalikan oleh Mahkamah Persekutuan untuk dibicarakan pada awal tahun ini selepas pempetisyen mengemukakan rayuan.
Pada PRU-14, Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.
Setakat ini dua parti telah mengesahkan akan bertanding dalam PRK kali ini iaitu Barisan Nasional yang akan diwakili oleh UMNO dan Warisan sementara ada desas desus parti parti lain juga menunjukkan minat untuk bertanding seperti STAR dan tidak mustahil ada beberapa orang calon bebas juga akan mencuba nasib.
Apapun hakikatnya PRK tetap akan berlaku dan bagi BN/UMNO sudah tentu akan mempertahankan maruahnya kerana kawasan itu telah dimenangi dalam PRU ke 14,sementara Warisan sudah tentu bangkit mempertahankan demokrasi atas nama keadilan apabila mereka memenangi petisyen yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini.
Setakat ini dapat dicongak di atas kertas berdasarkan kekerapan dua pemimpin ini Datuk Mohamad Alamin dari BN dan Datuk Karim Bujang Warisan bakal mewakili parti masing masing dalam PRK kali ini. Ianya akan diketuhai umum apabila BN akan mengumumkan nama calon yang akan mewakili BN hari ini 01 januari ini (hari ini) sementara Warisan dan calon calon lain termasuk bebas akan diketahui sebelum proses penamaan calon bermula.
Dari segi gerak kerja BN/UMNO telah mendahului rakan rakan yang lain apabila kesemua 19 PDM sudah mula beroperasi dan program program turun padang menemui rakyat khususnya penyokong telah mula digerakkan yang diketuai sendiri oleh Ketua Perhubungan UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin bagi mengakrabi pengundi di peringkat akar umbi.
![]() |
| BN/UMNO yang diketuai oleh Bung lebih kehadapan turun padang mengakrabi penyokong dan rakyat di kawasan Parlimen Kimanis. |
Sementara Warisan dalam beberapa hari kebelakangan ini baru nampak gerakan mereka ,sebaliknya PKR DAP dan Bersatu yang memberikan komitmen sebelum ini untuk membantu Warisan menghadapi PRK kali ini belum nampak sepenuhnya gerakan yang mereka lakukan, kecuali Ketua Bahagian Bersatu Kimanis yang juga wakil rakyat kawasan Membakut Datuk Haji Mohd. Arifin Arif yang sememang saban minggu berada di kawasan menyantuni rakyat dalam beberapa acara atau melawat mereka yang ditimpa musibah dan kenduri kendara .
Sebelum ini Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Datu Seri Mohd Shafie Apadl sudah pun mengarahkan semua ahli dan pimpinan warisan Sabah bersiap sedia menghadapi PRK Kali ini .Ada kemungkinan jentera Warisan akan bergerak sepenuhnya selepas proses penamaan calon atau menjadi kebiasaan apabila Presiden parti bergerak barulah berduyun duyun pemimpin parti lain turun padang menampakkan wajah masing-masing .
Bagi BN/UMNO PRK kali ini merupakan ujian besar bagi parti itu samaada mampu mempertahankan kawasan itu. Ianya juga satu ujian bagi BN/UMNO Sabah yang dipimpin oleh Bung dimana PRK akan menjadi petunjuk awal apakah BN/UMNO masih diterima oleh rakyat Sabah dan menjadi asas penting untuk meniupkan semangat pejuang dan penyokong BN/UMNO untuk bergerak ke hadapan menghadapi PRU ke 15 akan datang.
Seperti yang diakui oleh Bung yang juga Ahli Majlis tertinggi Umno ,bukan mudah berhadapan dengan parti yang menjadi pemerintah kerana mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan,namun baginya rakyat adalah nadi kekuatan untuk BN/UMNO mempertahankan kawasan itu.
" Jika rakyat merasa mereka terbela dengan pemerintahan Warisan /PH terutamanya dalam menikmati janji yang diberikan dalam manifesto PRU ke 14 , mereka akan bertahan untuk terus menyokong Warisan,jika sebaliknya mereka perlu bangkit memperbetulkan keadaan dan PRK ini adalah gelanggang terbaik untuk rakyat bangkit membetulkan keadaan yang amat menekan kehidupan rakyat terutamanya kos sara hidup yang mereka hadapi ketika ini" katanya
Dalam hubungan ini ,sudah tentu BN/UMNO akan menggunakan isu isu yang dekat dengan kehidupan rakyat,isu kos sara hidup yang semakin meningkat, soal pembangunan, pekerjaan,ekonomi dan terkini isu pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) akan menjadi topek hangat pada setaip sesi ceramah bersama rakyat.
Dalam kontek ini sebenarnya Warisan perlu bajik menanganinya dan menangkisnya ,ahli dan pemimpinnya tidak hanya bijak menjadi seorang ciybertopper dimedia sosial,membalas segala isu yang dibangkitkan oleh parti lawan sehingga turut menyentuh isu peribadi seseorang dan berulang kali menyebut semua itu berlaku kerana perbuatan kerajaan masa lalu,ini kerana tidak semua masyarakat khususnya diluar bandar berpeluang atau berminat membaca media sosial.
Apa yang penting ahli dan pemimpin Warisan dan gabunganya perlu turun padang menjelaskan kepada rakyat di peringkat akar umbi langkah kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat samaada langkah jangka pandek dan jangka panjang.Perancangan pembangunan ,peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat dimana Pembantangan Bajet 2020 yang telah pun dibentangkan oleh kerajaan negeri baru baru ini, yang seharusnya menjadi garis panduan untuk disampaikan kepada rakyat di peringkat di akar umbi untuk di kongsi dan dimanafaatkan oleh rakyat . Begitu juga isu PSS ianya perlu diperjelaskan secara terperinci kepada rakyat agar tidak dimanipulasikan menjadi bahan politik.
“Kita jangan alpa, (sebaliknya) kita perlu merayu kerana kita perlu mendampingi rakyat, bukan masanya panjang bagi kita untuk merealisasikan apa yang berlaku selama setahun lebih.
“Bukan mudah melaksanakan perkara yang dikehendaki rakyat, namun demikian saya yakin rakyat Sabah mempunyai harapan cukup tinggi kepada kerajaan negeri yang baharu,” kata Sahfie dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Tokyo semasa lawatan kerja beliau ke negara matahari terbit itu baru baru sebelum ini.
Seperkara yang menarik pada PRK Kimanis kali ini adalah golongan pengundi muda yang menjadi penentu kepada kemenangan seeorang calon. Jika sebelum ini golongan muda adalah penyumbang undi terbesar kepada calon calon Warisan di kawasan ini kecuali di DUN Membakut yang diwakili oleh Arifin ketika itu atas tiket BN/UMNO kesemua saluran dimenangi oleh beliau, namun bagi DUN Bongawan dan Parlimen Kimanis keseluruhanya pengundi muda memihak kepada Warisan .Pada PRK kali ini kemana ke golongan ini memberikan undi mereka ? ketika mereka berhadapan dengan pelbagai isu yang menghantui kehidupan mereka seharian, dari soal penghapusan PTPTN yang tidak tertunai sehingga lah ke isu-isu peluang pekerjaan yang dijanjikan yang mungkin melonggarkan sokongan mereka kepada Warisan.
Malah dalam tinjaun rambang yang dibuat oleh penulis mereka mengharapkan sentuhan Ketua Wira dan Ketua Wirawati Warisan baik di peringkat pusat dan bahagian mendampingi mereka melalui pelbagai program yang boleh membantu memperingkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam arus kemajuan perdana negara. Sehingga kini tidak jelas pendekatan yang dilaksanakan oleh Wira dan Wirawati kepada golongan muda ini,terutamanya semasa menghadapi PRK kali ini ,berbeza dengan BN/UMNO meskipun sekadar perlawanan bola sepak persahabatan antara pemimpin dan ahli pemuda akar umbi,yang nyata tercipta kemesraan melalu program ini dan golongan ini turut merasa dihargai.
Seperti awal tahun ini, PRK Parlimen Cameron Highlands membuka gelanggang politik 2019 dengan kejayaan bergaya Barisan Nasional (BN) mempertahankannya. Apakah PRK Kimanis kali ini menjadi penutup yang manis kepada BN?
Bagi PH dan Warisan pula, kemuraman 2019 perlu segera disegarkan. Sudah tentu merampas kerusi Kimanis daripada BN (Anifah Aman memenangi kerusi itu atas tiket BN sebelum keluar parti dan menjadi ahli Parlimen bebas September tahun lalu).
Terlalu awal untuk mencongak peluang mana-mana parti yang bakal bertanding. Setakat ini, bacaan awal meramalkan akan ada pertandingan tiga penjuru (malah mungkin lebih) antara BN, PH (atas tiket Parti Warisan) dan calon bebas (mungkin daripada calon persendirian atau gabungan parti pembangkang Sabah).
Seperti di PRK-PRK lalu, faktor calon, isu dan jentera (CIJ) adalah elemen terpenting dalam menjana kemenangan. Mana-mana parti yang memiliki faktor itu selalunya akan memberikan kelebihan dalam persaingan.
Dengan kekuatan Warisan yang menguasai DUN Bongawan, meletakkan Karim Bujang dilihat sebagai pilihan terbaik dan selamat buat PH-Warisan sementara bagi BN terutamanya UMNO, nama Ketua Bahagiannya, Datuk Mohamad Alamin kuat diperkatakan sebagai taruhan mereka dalam PRK kali ini.
Dengan jumlah pengundi bumiputera, bukan Islam yang signifikan di situ mereka mampu memberikan saingan sengit kepada PH-Warisan dan UMNO-BN dalam PRK tersebut.Apakah dengan kemasukan seramai 320 ahli STAR menyertai Warisan beberapa hari yang lalu juga kenyataan terbuka bekas calon Harapan Rakyat PRU 14 Jaafar Ismail yang kini menyertai Bersatu menyokong Warisan pada PRK kali ini akan menjadi nilai tambah kepada Warisan untuk merebut kawasan ini terlalu awal untuk diramalkan.
Segalanya terserah kepada pengundi (rakyat) di Parlimen Kimanis jika mereka menyimpan protes terhadapan tekanan hidup selama ini dan merasakan mereka di bohongi dalam menikmati janji yang termaktub dalam manifesto PH /Warisan semasa PRU ke 14 dan roh semangat perjuangan rakyat Tanjung Paai mengalir di bawa oleh arus laut China Selatan ke Teluk Kimanis, ianya satu masej awal kepada Warisan untuk terus memperkasakan jentera parti. Sebaliknya jika rakyat Kimanis mahukan untuk bersama kerajaan yang memerintah untuk terus menikmati arus pembangunan khususnya di kawasan itu mereka akan bersama Warisan dalam PRK kali ini.
Semuanya di tangan rakyat yang bakal mengundi untuk memilih Ahli Parlimen yang akan mewakili mereka di Parlimen.
Selamat mengundi.










0 ulasan:
Catat Ulasan