![]() |
| Jamawi menurunkan tanda tangan pada Plug yang disediakan sebagai simbol pelancaran sambutan tersebut. |
KEMABONG: Perpaduan erat kalangan penduduk kampung penting untuk memajukan kampung kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar.
Menurut beliau ia akan memudahkan bagi pemimpin dan kerajaan menyalurkan pembangunan demi kepentingan rakyat.
Justeru katanya,perpaduan serta kerjasama penduduk di sesebuah kampung itu penting bagi mempastikan segala perancangan serta perlaksanaan pelbagai program pembangunan dari kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya .
"Komuniti kampung perlu memberi keutamaan serta kerjasama kepada semua aspek dan aktiviti yang menjurus kepada pengukuhan perpaduan" katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke 40 tahun kampung Tilis dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Tenom Norita Sual.
![]() |
| Onsoi..Jamawi bersama pemimpin dan masyarakat kampung Tilis menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan sambutan tersebut. |
Jamawi turut memuji usaha serta kerjasama erat di kalangan penduduk dikampung tersebut dimana banyak perubahan dapat dilakukan dengan adanya sikap muafakat di kalangan penduduknya.
" Saya telah merasmikan sambutan 30 tahun kampung Tilis sebelum ini dan hari ini sepuluh tahun kemudian , saya hadir di sini merasmikan program yang sama dan memang tidak dinafikan banyak perubahan yang telah berlaku di kampung ini " katanya
![]() |
| Jamawi (tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat. |
Dalam pada itu Jamawi berharap dengan kesepakatan yang ada di kampung tersebut bukan sahaja membangun dari aspek insfrastruktur semata-mata, peningkatan ekonomi rakyat juga perlu diberikan tumpuan .
![]() |
| Jamawi (tengah) merakamkan. gambar kenangan bersama anggota RELA terdiri dari penduduk kampung tersebut |
Sehubungan dengan itu Jamawi berharap
berorentasikan sambutan tersebut penduduk kampung Tilis perlu melibatkan diri dalam sektor pelancongan berasaskan komuniti melalui koperasi dengan menjadikan sambutan tersebut sebagai salah produk pelancongan dengan menjadikan budaya kehidupan masyarakat ,kraftangan dan lain lain sebagai daya tarikan untuk pelawat dari luar terutamanya pelancong datang ke kampung tersebut.
" Saya yakin pada 2020 nanti kampung ini akan dapat melibatkan diri dalam sektor pelancongan berasaskan komuniti sebagai mana sasaran saya sekurang kurangnya sepuluh buah kampung lagi di DUN Kemabong dapat dimajukan dalam sektor ini" tambah Jamawi
Jamawi menambah sebagai wakil rakyat serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kemabong sentiasa memberikan sokongan apa jua program yang dilakukan oleh masyarakat kampung demi kebaikan masyarakat setempat.










0 ulasan:
Catat Ulasan