Rabu, 1 Januari 2020

MOHD.SHAFIE UMUM CALON WARISAN PRK KIMANIS PETANG INI

Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan akan mengumumkan calon Warisan untuk bertanding di PRK Kimanis petang ini


KOTAKINABALU: Teka-teki siapakah calon bakal dipertaruhkan oleh parti Warisan bagi menghadapi PRK Kimanis akan terjawab lebih kurang 7 jam dari catatan ini ditulis.

Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd.Sahfie Apdal dijangka akan mengumumkannya dalam satu majlis di Membakut Petang ini.

Admin semalam menerima WahtsApp jemputan media  dari  setiausaha Agung parti Warisan Datuk Loretto Padua Yang menjemput hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Warisan Sabah bagi PRK Kimanis akan diadakan pada 2 Januari (hari ini) jam 3.30 petang di Dewan Terbuka Membakut yang disempurnakan oleh Shafie serentak dengan pengumuman calon parti Warisan yang akan bertanding di PRK Kimanis kali ini.

Majlis itu juga menjemput semua pimpinan parti Warisan dan Penyokong Warisan khususnya dari kawasan tersebut


Pemerhati politik membayangkan Datuk Karim Bujang akan dikekalkan sebagai calon parti Warisan

Pemerhati politik berpandangan bekas calon Warisan PRU ke 14 baru baru ini Datuk Karim Bujang berkemungkinan besar dikekalkan bagi mencabar calon BN Datuk Mohamad Alamin yang sudah pun diumumkan semalam dan calon calon lain termasuk calon Bebas yang masih mencongak peluang.

Ada juga Virasi menyebut ,Warisan akan meletakkan calon muka  baharu khususnya dari kalangan orang muda bagi menggantikan Karim atas faktor beliau sudah terlalu lama menjadi calon di kawasan itu sejak era kerajaan Usno lagi.

Apapun jawapanya Mohd Shafie sudah tentu membuat pertimbangan yang terbaik bagi mempastikan Warisan akan menjadi pilihan rakyat Kimanis dalam erti kata calon yang boleh diterima  dan boleh berkerja untuk  rakyat.

Mohd Shafie sebelum ini dalam kenyataan medianya semasa lawatan ke Jepun turut meminta semua  ahli dan  pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis 

Beliau  menegaskan biarpun yakin parti akan mendapat sokongan, mereka perlu mendampingi dan merayu setiap pengundi untuk memberi sokongan.

“Kita jangan alpa, (sebaliknya) kita perlu merayu kerana kita perlu mendampingi rakyat, bukan masanya panjang bagi kita untuk merealisasikan apa yang berlaku selama setahun lebih.

“Bukan mudah melaksanakan perkara yang dikehendaki rakyat, namun demikian saya yakin rakyat Sabah mempunyai harapan cukup tinggi kepada kerajaan negeri yang baharu,” katanya 

Mohd Shafie berkata, beliau kini berusaha merealisasikan harapan pengundi di Kimanis yang mahu kerajaan menyelesaikan beberapa isu terutama berkaitan tanah.

“Baru-baru ini, saya membuat lawatan ke tempat itu (Kimanis) dan kita bawa sedikit inisiatif untuk kilang perabot dan beberapa inisiatif Insya-Allah kita akan realisasikan.

Menurut Mohd Sahfie bagi memacu proses pembangunan khususnya dikawasan Kimanis berterusan rakyat perlu menyokong kerajaan hari ini (Warisan) yang ingin membawa perubahan besar terutamanya dari aspek pembangunan demi kesejahteraan rakyat keseluruhanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan