Khamis, 3 Januari 2019

UMNO SABAH YAKIN BANGKIT SEMULA


Bung Moktar bersama Timbalan Ketua Ketua dan Pemangku Ketua Bahagian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin dengan kepimpinan baharu parti itu dan kuasa autonomi yang diberikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMMO, mampu membangkitkan semula parti itu di negeri ini.

Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata selain diberikan autonomi penuh,UMNO Sabah juga kini dikenali sebagai UMNO Sabah dan bukan lagi badan perhubungan  mulai tahun ini.

"Permintaan kita (UMNO Sabah) untuk mendapat autonomi sepenuhnya telah dipersetujui dan ini sudah tentu memberikan kita peluang menentukan hala tuju serta pemilihan calon yang boleh menang pada pilihanraya akan datang,

"Kita berhak untuk menentukan dengan siapa mahu bergabung tanpa mengikut kepimpinan UMNO di semenanjung " katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah .

Bincang Bung berbincang dengan sebahagian Ketua Bahagian yang hadir ke mesyuarat tersebut

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan.

Mengenai mesyuarat tersebut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata,ia bagi mengenal pasti bahagian UMNO di Sabah yang. Perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk memilih pimpinan Baharu dalam masa terdekat.

" Terdapat empat bahagian yang memerlukan mesyuarat agung khas iaitu Ranau,Tuaran Sipitang dan Pensiangan.Pada masa ini semua ketua sayap peringkat negeri masih kekal adalah 16,Wanita (14) dan pemuda (15).

"Mesyuarat agung khas ini perlu dipercepatkan dalam usaha kita untuk bangkit dalam menghadapi pilihanraya nanti.Kekuatan peringkat akar umbi UMNO di Sabah masih kukuh " jelas Bung.

Mengenai jika ada bekas ketua atau ahli UMNO yang menyertai semula parti itu,Bung berkata (tunggu dan lihat)  perkara itu akan dipertimbangkan dan tidak menolak kemungkinan akan ada ketua dan ahli akan kembali bersama UMNO.

"UMNO Sabah juga tidak ada pakatan dengan mana mana parti setakat ini" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan