![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut |
TENOM: Pesara Polis khususnya Persatuan Bekas Polis Malaysia memainkan peranan penting untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab polis supaya masyarakat memahami prosedur yang mesti dipatuhi oleh pasukan itu.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata penjelasan seperti itu boleh membantu pihak polis menepis pelbagai persepsi negetif masyarakat terhadap polis berhubung sesuatu isu.
" Saya berharap mereka pesara polis khususnya PBPM membantu memperbaiki imej polis yang tercalar disebabkan perbuatan segelintir anggota" katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung PBPM daerah Tenom dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli PBPM sempana majlis tersebut |
Menurut Jamawi PBPM juga boleh menjelaskan kepada masyarakat mengenai beberapa prosedur penyiasatan pihak polis yang ada ketikanya dipertikaikan oleh masyarakat lambat diambil tindakan yang kurang mereka fahami .
Tambah Jamawi PBPM juga boleh memainkan peranan bagi membantu pihak berkuasa dalam menangani kes kes jenayah dan masalah sosial masyarakat setempat .
"Tugas dan pengalaman yang dimiliki oleh pesara polis masih lagi diperlukan walaupun mereka sudah tidak bersama PDRM " katanya.
![]() |
| Jamawi beramah mesra dengan ahli keluarga PBPM Tenom |
Menurut Jamawi walaupun mereka sudah berehat(bersara) mereka boleh menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah serta berkongsi idea dalam langkah memperkasakan pasukan PDRM
Jamawi berkata pesara Polis juga perlu mengaktifkan diri dalam badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekalkan kemahiran dan kebijaksanaan yang ada ketika dalam perkhidmatan.
" Persara Polis khususnya perlu melibatkan diri dalam (NGO) yang pro kerajaan agar mereka dapat terus memberikan sumbangan untuk pembangunan,kesejahteraan dan keharmonian masyarakat" katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan