![]() |
| Jamawi (tengah) bersama penduduk kampung Korolok selapis meninjau kerja kerja pendawaian dan menyerahkan lampu kelap kelip kepada penduduk kampung |
KEMABONG: Seperti yang dijanjikan oleh wakil rakyat kawasan ini Jamawi Jaafar sambutan Malam Krismas tahun ini akan bergemarlapan di beberapa buah kampung ekoran selasainya penyambungan bekalan elektrik ke berapa buah rumah penduduk kampung yang terlibat
Antara kampung yang sudah selasai sistem pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik sepenuhnya ialah di kampung Kolorok sebanyak 37 buah rumah,kampung Kapulu 43 buah rumah dan kampung Ahuron 13 buah.
![]() |
| Jamawi bersama pegawai pegawai SESB dan kontraktor pelaksana meninjau kerja kerja naik taraf pencawang |
Menyusul dan dijangka pendawaian siap sepenuhnya sebelum sambutan Krismas ialah kampung Katubu,Paitan Tengah Kangkawang dan kampung Masej Ulu Paitan
Menurut Jamawi lebih dari 500 orang penduduk di kampung yang terlibat akan menikmati bekalan elektrik sepenuhnya sebelum perayaan Krismas tahun ini.
" Kejayaan ini merupakan berita yang amat mengembirakan bagi penduduk kampung -kampung yang terlibat setelah sejak sekian lama menunggu iaitu sejak merdeka 56 tahun lepas " katanya ketika ditemui selepas menijau kerja kerja pendawaian dan penyerahan lampu kelap kelip kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terlibat di sini.
![]() |
| Kerja kerja pendawaian rumah ke rumah giat dilaksanakan oleh kontraktor pelaksana |
Tambah Jamawi bekalan elektrik ini selain memberikan kemudahan asas yang sempurna kepada rakyat di kawasan tersebut beliau yakin kemudahan ini turut menjadi penyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu dimana dengan adanya bekalan elektrik sepenuh masa pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan.
" Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan ,Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan kontraktor pelaksana yang bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka bagi membolehkan penduduk yang terlibat dapat menikmati kemudahan ini sebelum perayaan Krismas bermula"katanya.
![]() |
| Keratan akhbar janji Jamawi sebelum ini jadi kenyataan. |
Bagi beberapa orang penduduk yang terlibat menikmati kemudahan ini ketika di temui merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar atas usaha serta kesungguhan beliau membawa pelbagai projek pembangunan terutamanya bekalan elektrik ke kampong yang terlibat.
" Belum setahun beliau bergelar sebagai wakil rakyat banyak usaha membawa pembangunan khususnya bekalan elektrik ke kawasan ini yang sekian lama kami nanti akhirnya menjadi kenyataan " jelas Ansarap Korong dari Kampung Kepulu.
![]() |
| Jamawi menyerahkan lampu kelap kelip kepada penduduk bakal dinyalakan dimakan sambutan Krismas |
Bagi Tuwou Musin dari Kampung Kolorok mereka tidak tersalah pilih ,memilih Jamawi sebagai wakil rakyat mereka yang banyak berkerja dan berusaha bagi memastikan pendidikan Kemabong tidak terpinggir dari menikmati arus pembangunan.
" Ketibaan Krismas tahun ini amat bermakna untuk kami ,lampu kelap kelip sumbangan Jamawi adalah gambaran kegembiraan kami menyembut malam Krismas" katanya











0 ulasan:
Catat Ulasan