![]() |
| Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Pangla Haji Lajim Haji Ukin sambil diperhatikan dua timbalan presiden Haji Ruslan dan Dr Siti Aidah menyerahkan watikah perlantikan kepada Haji Abdul Rahman |
BEAUFORT: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bagi sesi 2018-2021
Majlis pengumuman dan penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan oleh Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang turut disaksikan oleh Timbalan Timbalan Presiden Haji Ruslan Muharam ,Dr Siti Aidah Haji Lilin ,Naib Naib Presiden dan Setiausaha Agung Awang Anak Abd Sani serta barisan ahli majlis tertinggi PBBS persatuan tersebut mengadakan mesyuarat ahli Majlis Tertingginya di Beaufort baru baru ini.
Turut dilantik ialah Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) bahagian Beaufort Dikin Haji Musah dan Cik Dayang Aezy.
![]() |
| Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin juga turut menyampaikan watikah perlantikan AMT PBBS kepada Dikin Musah |
Lajim ketika ditemui selepas majlis ini berkata, perlantikan mereka sebagai ahli majlis tertinggi persatuan diharapkan dapat menyumbangkan idea dan pemikiran demi memantapkan lagi hala tuju persatuan tanpa memikirkan fahaman ideologi politik masing masing








0 ulasan:
Catat Ulasan