![]() |
| Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur program tersebut |
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai terutamanya wanita khususnya di kawasan luar bandar masih rendah
Katanya ini berlaku kerana mereka kurang mendapat maklumat walaupun dalam kemajuan teknologi maklumat namun mereka kurang mendapat eksis bagi memperolehi maklumat tersebut samada dimedia maya atau media cetak.
" Tidak semua rakyat boleh mendapat maklumat melalui enternit atau media cetak khususnya di luar bandar,justeru usaha berterusan melalui pelbagai cara kempen kesedaran perlu dilakukan untuk terus mendidik orang ramai mengenai tanda tanda awal kanser supaya mereka lebih berwaspada " katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran kanser anjuran Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di dewan terbuka Dataran Kemabong baru baru ini.
![]() |
| Jamawi menerima cendra kenangan pakaian rasmi persatuan tersebut |
Hadir sama Pengerusi Penganjur Mary Sipaji serta pemimpin masyarakat tempatan
Menurut Jamawi pemeriksaan awal sangat penting, bagaimanapun ramai rakyat tidak mengambil berat mengenai perkara ini.
![]() |
| Jamawi berbual mesra bersama sebahagian dari peserta yang menyertai program tersebut |
Sambil mengucapkan tahniah atas inisiatif persatuan tersebut menganjurkan program ini,Jamawi berharap lebih banyak program mendidik rakyat mengenai bahaya kanser dan bagaimana penyakit itu boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.
" Program yang dianjurkan ini diharap menjadi platform untuk memberi khidmat nasihat kepada orang ramai supaya peka dengan penyakit kanser " katanya.
Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata lebih banyak program yang melibatkan komuniti setempat akan diadakan di Dewan Terbuka Dataran Kemabong yang baru saja siap dinaik taraf bulan Disember tahun lepas
" Selain dataran ini dijadikan tapak tamu mingguan pelbagai program yang melibatkan komuniti setempat akan kita adakan di sini" katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan