![]() |
| Jamawi ketika menyerahkan replika kunci kepada Riabas Untung penerima sumbangan rumah tersebut |
KEMABONG: Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) diseru meningkatkan program kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat(CSR) bagi membantu rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, program kemasyarakatan tersebut dapat membantu kerajaan dan juga golongan sasaran bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan tersebut.
" Usaha murni yang dilakukan oleh TNB dan SESB ini begitu kita alu-alukan bagi membantu golongan sasaran dimana ini bukan sahaja membantu usaha kerajaan sekali gus dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan" katanya ketika ditemui selepas menyerahkan rumah sumbangan TNB/SEBAB kepada Riabas Untung di kampung Bangkulin Ulu Kemabong kemarin.
![]() |
| Jamawi turut mengagih-agihkan jamuan makanan kepada penduduk setempat sempena majlis tersebut |
Hadir sama Penguruw Besar komunikasi Korport SESB Hajah Chendramata Haji Sinteh,Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Insfaraktur Jack Jatil , dan Timbalan Ketua bahagian parti Warisan bahagian Tenom Donneysius Ansuku d
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan, walaupun dipihak kerajaan mempunyai program tertentu untuk menyediakan rumah kepada golongan miskin namun jumlah mereka adalah ramai .
" Melalui sumbangan seperti ini ia akan mempercepatkan penyediaan rumah kepada golongan asnaf dan miskin" katanya.
Jamawi berkata melalui kerjasama antara kerajaan dan sektor koprat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) didapati berkesan dalam membantu rakyat bukan sahaja program bantuan rumah malah lain lain bantuan kemasyarakatan seperti pendidikan dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu beliau berharap lebih banyak lagi syarikat GLC di negeri ini bersedia menghulurkan sumbangan mereka melalui CSR demi kesejahteraan rakyat.








0 ulasan:
Catat Ulasan