Khamis, 17 Januari 2019

BUNG CADANG USIA PERSARAAN HAKIM TERTINGGI NEGARA KE 70 TAHUN

Bung cadang lanjutkan usia persaraan Hakim tertinggi negara

KOTA KINABALU :Pihak pembangkang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kekosongan  besar yang bakal  terjadi kepada badan kehakiman negara berikutan persaraan empat Hakim Tertinggi negara tahun ini.

Antara yang menyuarakan kebimbangan ialah  Ahli Parlimen Kinabatangan Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar) yang menyifatkan akan berlaku kerencatan dalam badan kehakiman negara apabila kebanyakan hakim hakim tertinggi negara akan  bersara  hampir serentak tahun ini kerana telah mencapai usia  persaraan 65-66 tahun sebagaimana syarat yang ditetapkan  oleh kerajaan
" Apabila hakim hakim tertinggi ini bersara hampir serentak akan berlaku kekosongan yang boleh menjejaskan pentadbiran badan kehakiman negara " katanya ketika ditemui di sini kemarin sebagai mengulas persaraan empat orang hakim tertinggi negara tahun ini.
Untuk rekod Ketua Hakim Negara  Tan Sri Richard Malanjum akan bersara pada bulan April manakala Ketua Hakim Malaya Zahara Ibrahim pada bulan Mei selepas lanjutan enam bulan .
Turut bersara wajib  Presiden Mahkamah Rayuan Ahmad Maarop dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong masing masing akan bersara pada bulan Mei dan August tahun ini.
Menurut Bung yang juga Pengerusi UMNO  Sabah untuk memastikan  vakum besar itu tidak berlaku dan untuk memastikan kerja kerja pembaharuan kehakiman yang sedang dijalankan berterusan tanpa ganguan dan kebimbangan tentang tempoh perlantikan dan isu perbelanjaan serta masa diambil untuk mengisi jawatan jawatan tersebut, adalah penting bagi kerajaan memberikan pertimbangan untuk membuat pindahan Perlembagaan Persekutuan untuk menaikkan tempoh perkhidmatan hakim kepada 70 tahun termasuk melanjutkan perlantikan ke-empat-empat Hakim Besar ini supaya mereka dapat  terus berkhidmat sehingga berumur 70 tahun.
Bung turut mengambil contoh dibeberapa buah negara seperti di Amerika Syarikat,malah negara negara jiran seperti Singapura ,Filipina dan Indonesia usia persaraan  hakim di negara negara ini ialah 70 tahun berbanding dengan Malaysia yang menghadkan kepada 65 tahun.
' Mejoriti hakim hakim yang bakal bersara ini masih sehat dari segi  fizikal dan mental selain pengalaman yany luas bagi mereka  meneruskan perkhidmatan mereka sebagai hakim" katanya

Tambah Bung cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim hakim tertinggi sehingga 70 tahun tidak bermaksud untuk menafikan keupayaan hakim hakim yang lebih muda ,namun mereka perlu diberikan lebih banyak pengalaman bagi mengambilalih tugas tugas hakim tertinggi apabila mereka bersara wajib nanti.

" Bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Hakim ini sehingga 70 tahun pindaan Perlembagaan  Persekutuan perlu dibawa ke  persidangan dewan rakyat untuk diluluskan dan sebagai Ahli Parlimen Pembangkang saya akan menyokong pindaan enekman yang membawa manfaat kepada negara" katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan