Isnin, 7 Januari 2019

KERAJAAN PERLU PROAKTIF BAIKI SEKOLAH SEKOLAH DAIF DI SABAH


Naim Moktar kerajaan perlu proaktif baiki sekolah sekolah daif di negeri ini

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah mendesak kerajaan agar melakukan tindakan proaktif dalam menangani masalah sekolah sekolah daif di negeri ini.

Ketua Peneranganya Mohd Kurniawan Naim Dato' Sri Moktar berkata berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pelajaran dan Invoasi Sabah Datuk Dr.Yusuf Haji Yakub di media baru baru ini sejumlah 707 buah sekolah daif dikenal pasti di negeri ini jelas menunjukkan satu angka yang besar dan jika tidak ditangani segera  dibimbangi akan menjejaskan keselamatan murid sekali gus menjejaskan kualiti pembelajaran mereka seharian .

" Kita ambil contoh purata kos pembaikan sebuah sekolah dalam anggaran RM1 juta bermakna kerajaan negeri memerlukan sekitar RM707 juta untuk kos pembangunan sekolah sekolah daif ini" katanya ketika ditemui di sini  sebagai mengulas mengenai isu sekolah daif di negeri ini.

Menurut Mohd Kurniawan Naim yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kinabatangan  dalam Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru baru ini, hanya sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk sekolah sekolah daif di seluruh Malaysia.

" Bagaimanakah jumlah peruntukan sebegini boleh menampung keperluan untuk membaiki dan menaik taraf sekolah sekolah diaf dinegeri ini yang berjumlah 707 buah ?" Soal Mohd Kurniawan Naim

Menurut Mohd Kurniawan Naim lagi berbeza dengan bajet 2018  dibawah kerajaan Barisan Nasional, Sabah menerima RM1 Billion untuk membaiki pulih dan membina semula sekolah sekolah daif di Sabah begitu juga di Sarawak.

Sehubungan dengan itu Mohd Kurniawan Naim berkata kerajaan negeri khususnya Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah perlu bertegas untuk mendesak kerajaan pusat agar dana pembangunan untuk sekolah sekolah daif di Sabah bukan sahaja ditambah peruntukannya 
tapi perlu menyegerakan penyediaan peruntukanya agar sekolah sekolah daif di negeri ini dapat diperbaiki segara serta ditingkatkan kemudahan asasnya  demi keselesaan guru dan pelajar sekolah yang terlibat.

" Kegagalan untuk mendesak kerajaan Pusat yang bertanggungjawab menyediakan dana pendidikan  akan memberikan gambaran negetif kepada kerajaan negeri dan menteri yang berkenaan  tanpa sebarang iltizam dan  ia boleh dianggap sebagai retorik politik semata mata' tegas Mohd Kurniawan Naim


0 ulasan:

Catat Ulasan