![]() |
| Johair menyampaikan cendera kenangan berupa kalinder kepada setiap kontajen yang menyertai kejohanan tersebut |
BEAUFORT: Kegiatan sukan di sekolah bukan sahaja akan melahirkan murid yang sihat fizikalnya tetapi berupaya melahirkan pelajar yang cerdas mindanya.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias Hajah Johair Matlamat berkata kegiatan sukan juga boleh memotivasikan pelajar agar memiliki semangat juang yang tinggi bagi menghadapi cabaran terutamanya dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik.
"Kegiatan kokurikulum termasuk sukan yang dianjurkan oleh sekolah bukan sahaja bertujuan mencari atlet bagi mewakili sekolah seterusnya daerah bahagian dan negeri lebih dari itu ianya dapat mendidik pelajar berdisplin,memiliki semangat juang yang tinggi selain memupuk semangat kerja berpasukan" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Majlis sukan sekolah sekolah Zon Klias di padang Sk Rancangan Klias kemarin .
![]() |
| Johair menerima tabik hormat perbarisan dari kontejan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut |
Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah berkata, ibubapa perlu memberikan galakan kepada anak anak mereka untuk terlibat dalam kegiatan kokurikulum sekolah termasuk kegiatan sukan sebagai pendedahan awal mereka untuk terlibat dengan kegiatan yang berfaedah dari terjebak dengan kegiatan kegiatan negetif .
![]() |
| Johair menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan kejohanan tersebut |
" Dizaman kemajuan teknologi maklumat masa kini anak anak kita lebih tertumpu dengan dunia gazet kurang berinteraksi dengan masyarakat luar menjadikan mereka tidak peka dengan isu kemasyarakatan" katanya
![]() |
| Bendera kejohanan diarak masuk oleh para pelajar |
Sehubungan dengan itu Johair yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Parlimen Beaufort mahu ibubapa agar terus memberikan sokongan bukan sahaja dalam bidang kurikulum namun termasuk bidang kokurikulum yang dianjurkan pihak sekolah.










0 ulasan:
Catat Ulasan