![]() |
| Hajah Johair bersama ahli jawatankuasa penganjur program tersebut |
baharu di kenal pasti.
![]() |
| Dikin bersama jawatankuasa penganjur ketika menyampaikan hadiah semasa penutupan kejohanan |
Ketua Wanita parti Warisan Sabah Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani berkata,ibubapa terutamanya perlu memberikan galakan dan dorongan kepada anak mereka pada usia muda bagi mempupuk semangat bersukan.
" Kita ambil contoh negara yang hebat dalam bidang sukan,bila diadakan kejohanan mereka akan menjadi juara ini kerana atletnya telah membudayakan sukan di setiap peringkat,
" Dengan adanya semangat ini kelompok bakat dapat dikesan dalam lingkungan yang lebih besar,maka negara tidak akan terlepas bakat berpotensi" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Sepak takraw Terbuka Borneo anjuran Kelab Sepaktakraw Kerukan dan Persatuan Sepaktakraw Daerah Kuala Penyu di dewan masyarakat Kampung Melampau dekat sini baru ini.
![]() |
| Abdul Rahman turut menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah |
Majlis penutupan kejohanan tersebut dirasmikan oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub yang turut dihadiri oleh Ahlli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah DSP Mohd DUN Ketua Cabang PKR Beaufort Haji Muhali Aching,Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Dikin Musah .
Hajah Johair yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias turut menasihatkan ibubapa agar tidak beranggapan bersukan sebagai aktiviti yang membuang masa sebaliknya kegiatan yang menyihatkan.
![]() |
| Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah bersama suami turut menyaksikan perlawanan sempana kejohanan tersebut |
" Berikanlah galakan berterusan kepada anak anak untuk bersukan selain aktiviti sehat ianya juga dapat mencungkil bakat serta dapat mengisi masa terluang mereka dari terjebak dengan aktiviti aktiviti negetif" katanya
Menurut beliau kerajaan mahu menjadikan sukan di negeri ini sebagai wadah menyatu padukan semua kaum agama tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik.
![]() |
| Johair ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut |
Semantara itu Setiausaha Persatuan Sepaktakraw daerah Kuala Penyu Dulikom Ajak berkata kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menarik penyertaan sebanyak 50 buah pasukan dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
" Penyertaan memang begitu menggalakkan dan kita berharap kejohanan ini dapat mencungkil bakat baharu untuk ditampilkan ke peringkat yang lebih jauh di mana daerah Kuala Penyu sebelum ini pernah melahirkan pemain Sepaktakraw bukan sahaja mewakili daerah tapi pernah mewakili negeri dan kebangsaan" katanya.
Pada kejohanan tersebut pasukan Binanding United muncul sebagai Johan,Naib Johan Kelab Sepak Takraw CMC -OTAI Tawau dan ketiga bersama pasukan Dragon Ball Nabawan
Hadiah hadiah kejohanan disampaikan oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Dikin Musah.











0 ulasan:
Catat Ulasan