Khamis, 24 Januari 2019

SUKAN KUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Rapahi bersama pelajar menyalakan obor sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut

BEAUFORT: Aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia disamping membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.

Setiausaha Politik Menteri Pelajaran dan Invoasi Sabah Rapahi Haji Edris berkata melalui kegiatan sukan dapat memberikan peluang kepada semua yang terlibat membentuk masyarakat yang lebih sopan,berintegriti ,bersatu padu selain menanam semangat juang yang tinggi dikalangan pesertanya.

"melalui sukan pelajar juga akan menyelami erti perpaduan menghormati antara kaum menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu mempertahankan kedaulatan negara.

"Kesemua eleman ini perlu kita terapkan kepada generasi muda hari ini terutamanya golongan pelajar kerana mereka merupakan pemimpin masa depan negara" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan sukan MASSA Zon Gadong di Kompleks Sukan Beaufort kemarin .

Hadir sama Adun Lumadan Matbali Haji Musah,Pengerusi Penganjur Siti Guntok dan Timbalan Pengerusi penganjur yang juga Guru Besar Sk Jabang Haji Jamaludin Musleh.

Rapahi menyampaikan cendera kenangan kepada guru besar Sk Gadong Maruf Jislim salah sebuah sekolah yang menyertai kejohanan tersebut

Menurut Rapahi penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum amat penting sebagai landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas dinamik serta bersatu padu.

"Ibubapa perlu memberikan galakan berterusan terhadap aktiviti kokurikulum anak anak mereka agar masa terluang dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat bagi mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial" katanya.


Tambah Rapahi kemanjadian pelajar untuk cemerlang dalam bidang kurikulum  dan kokurikulum memerlukan kerjasama erat antara pihak sekolah guru guru pelajar dan ibubapa .

Antara kontijen sekolah yangrngambil bahagian dalam kejohanan tersebut

Dalam pada itu Rapahi juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada guru guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan agenda pendidikan  di negeri ini.

Sebanyak 12 buah sekolah dalam Zon Gadong menyertai kejohanan tersebut.



0 ulasan:

Catat Ulasan