KOTA KINABALU: Barisan Nasional perlu menjadikan kemenangan parti itu dalam Pilihanraya kecil (PRK) di Cameron Highlands sebagai titik permulaan untuk bangkit memulihkan keyakinan rakyat kepada BN
Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata,kemenangan calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor dalam pilihanraya kecil (PRK) Cameron Highlands kali ini,jelas menunjukan BN masih relevan dan rakyat masih yakin dengan perjuangan Barisan Nasional.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno walaupun ada pihak memberikan kritikan dan andaian calon BN akan tersunggur pada PRK kali ini ,namun rakyat khususnya di Cameron Highlands bijak dan mengekalkan memonutum sokongan mereka kepada BN dengan satu mejoriti yang lebih besar berbanding mejoriti PRU ke 14 sebelum ini.
" Kemenangan ini bukan sahaja menunjukkan rakyat khususnya di kawasan ini matang tapi turut memberi gambaran BN masih relevan untuk meneruskan perjuangan " katanya ketika di hubungi di Kuala Lumpur kemarin dan diminta mengulas kemenangan Barisan Nasional pada PRK Cameron Highlands .
Sambil mengucapkan tahniah kepada calon dan semua jentera yang mempastikan kemenangan ini,Bung berkata rakyat semakin sedar akan penipuan dan janji manis kerajaan Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang gagal ditunaikan sehingga ke hari ini.
" Rakyat semakin tertekan dengan kos sara hidup,janji penghapusan tol,PTPTN,harga minyak dan lain lain yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan sehingga ke hari ini yang memberikan gambaran kerajaan Pakatan Harapan bukanlah kerajaan terbaik untuk membela rakyat" tegas Bung
Bung berkata kemenangan ini adalah masej dari Rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan yang hanya pandai berjanji namun gagal melaksanakannya.
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengajak ahli ahli parti Barisan Nasional dan Umno agar menjadikan kemenangan ini sebagai satu motivasi dan titik tolak perjuangan seterusnya bagi mempastikan Barisan Nasional berjaya mengambil alih kerajaan pada PRU ke 15 akan datang.
" Benar keputusan ini tidak boleh mengubah kedudukan kerajaan ketikan ini,namun masej penolakan rakyat kepada kerajaan PH telah dicetuskan di PRK Cameron Highlands untuk kita terus berkerja merapatkan barisan selain membela isu isu yang menghantui kehidupan rakyat hari ini" katanya.
Pada PRK Cameron Highlands calon BN Ramli Mohd Nor mendapat 12,038 undi menewaskan pencabar terdekat M.Manogaran daripada PH yang memperolehi 8,800 undi manakala 2 calon bebas Sallehudin Ab Taib dan Wong Seng Yee masing masing mendapat 314 undi serta 276 undi.







0 ulasan:
Catat Ulasan