![]() |
| Johair bersama ahli jawatankuasa KRT Kebatu Kebidang yang baharu |
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Klias Hajah Johair Matlani berkata untuk itu, KRT harus aktif menjalankan program di peringkat akar umbi di kawasan masing-masing.
Tegasnya, ini penting bagi memastikan semangat kekitaan dalam masyarakat sentiasa terpelihara ekoran perubahan zaman digital yang memberi sedikit kesan terhadap hubungan dalam masyarakat.
Sehubungan dengan itu Johair yang juga Ketua Wanita parti Warisan Parlimen Beaufort berkata, KRT harus merangka keadah pemerkasaan perpaduan di peringkat komuniti seiring dengan perubahan zaman digital yang telah mengubah landskap kehidupan harian.
" Setiap KRT yang diwujudkan perlu merangka dan melaksanakan program yang boleh membentuk budaya kerja berpasukan selari dengan peranan KRT barulah perpaduan dapat dicapai" katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembubaran dan pembentukan jawatankuasa baharu KRT kampung Kebatu Kebidang dekat dekat sini malam kelmarin .
Tambah Johair bagi membantu KRT menjalankan aktiviti, kerajaan turut menyediakan geran tahunan bagi membiayai program yang dianjurkan oleh KRT
"Geran ini bagi membantu memberi perangsang kepada KRT untuk bergiat aktif menjalankan aktiviti di peringkat komuniti"katanya







0 ulasan:
Catat Ulasan