Isnin, 21 Januari 2019

BELIA USIA SABAH SERAH SUMBANGAN

Jamawi ketika menyerahkan Mike cek sumbangan kepada pegawai Daerah Putatan Hassan Mahali sempana majlis tersebut


PUTATAN: Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Belia Usia) telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Mangsa Kebakaran Rumah kampung Pasir Putatan.

Majlis penyerahan sumbangan yang bernilai RM10,000 itu telah disempurnakan  oleh Ketua Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar dan diserahkan kepada Pengerusi Bencana Alam Daerah yang juga Pegawai Daerah Putatan Hassan Mahali.

Jamawi mendengar taklimat dari Pegawai Daerah Putatan semasa melawat khemah sementara pemampatan mangsa di dewan masyarakat kampung Pasir Putih Putatan 

Menurut Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong sumbangan tersebut  hasil dari kutipan tabung dari  25 bahagian Belia Usia diseluruh Sabah

" Pada hari ini juga kita (Belia Usia ) turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran di kampung Perpaduan Pulau Banggi  Kudat diserahkan kepada Naib Ketua Belia Jamlie Suntang untuk disampaikan kepada Penolong Pegawai Daerah Banggi" katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tersebut di Dewan Masyarakat kampung Pasir Putih Putatan kemarin.

Jamawi (tengah) berswma rombongan merakamkan gambar kenangan bersama sukarelawan yang bertugas dipusat penempatan sementara 

Hadir sama Naib Ketua Belia Usia Jamlie Suntang,Penolong Setiausaha Belia Usia Imam Mohd Taslim Tahir,Ketua Penerangan Belia Usia Jaafar Abd.Wahid dan Ketua Belia Usia  Sandakan Dan Penampang Mohamad Sufan Bahrin dan Jamain Mohd.Soon.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan terhadap mangsa mangsa kebakaran Jamawi berkata ,Belia Usia Sabah  yakin kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal merupakan kerajaan prihatin memahami masalah rakyat apalagi mereka yang terlibat dalam musibah ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan