Selasa, 29 Januari 2019

BIDANG PERNIAGAAN MENYEDIAKAN PELUANG MENJANA PENDAPATAN

Abdul Rahman empat dari kiri diiringi oleh Ahmad Barawi (tiga dari kiri )bersama pengurus syarikat yang terlibat melancarkan gimik pelancaran program tersebut

KOTA KINABALU : Bidang perniagaan menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan
berbanding bekerja makan gaji.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata,  melibatkan diri dalam perniagaan secara konsisten dan berusaha
bersunguh-sungguh membuka peluang dan ruang untuk meningkatkan keupayaan diri menjana
pendapatan tanpa had berbanding bekerja sebagai kakitangan kerajaan. “ katanya ketikanya berucap merasmikan Penutupan Program Keusahawanan Biznez Talk Sabah 2019 di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru baru ini.

Ahmad Barawi (kiri) bersama rakan penganjur yang lain menunjukkan isyarat bagus dengan Taqline Program Biznez Talk#Hebaterbaik untuk program akan datang

Program tersebut anjuran
AHBA Niaga Sd Bhd dengan kerjasama Kaysa Resources dan Tiram Studio Sdn Bhd

Abdul Rahman berkata
berkerja sendiri melalui penglibatan
dalam perniagaan  wajar  digalakkan. Ini secara tidak langsung mampu mengurangkan beban negara
yang merupakan antara negara yang mempunyai bilangan perkhidmatan awam yang teramai.

" Pemilihan kerjaya dalam sektor kerajaan meningkatkan nisbah penjawat awam terlalu besar yang
sepatutnya boleh digunakan semula untuk sektor lain seperti yang dipraktikkan oleh negara-negara lain" katanya

Abdul Rahman turut mengambil peluang melawat gerai gerai jualan produk semasa program tersebut

Menurut Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Sabah,dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kerajaan adalah
penting bagi Malaysia untuk mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awamnya

“ Negara kini sedang memasuki era baru di mana generasi baru
Malaysia tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk pekerjaan, dimana mereka lebih suka bekerja di sektor swasta
dan juga menceburkan diri dalam bidang  perniagaan dan keusahawanan" katanya

Tambah Abdul Rahman  dalam konteks usahawan muslim, pemilihan kerjaya dalam bidang
perniagaan adalah contoh ikutan terbaik kepada Jujungan Nabi Muhammad S.A.W yang
merupakan seorang contoh peniaga yang berjaya serta mengaitkan bahawasanya 9/10 rezeki adalah dari
sumber perniagaan.


Dalam pada itu beliau mengucapkan dan syabas dan tahniah kepada penganjur Program Biznez Talk 1/2019 yang
menghimpunkan pemilik-pemilik bisnes dan usahawan dari sekitar kota Kinabalu dalam satu
program sehari berkongsi peluang dan ruang perniagaan antara satu sama lain.

Selain itu katanya , usahawan-usahawan yang hadir juga berpeluang menimba ilmu melalui pegisian slot
Motivasi Keusahawanan dan pemasaran Perniagaan oleh En. Ahmad Barawi Bin Moktar. Penganjuran
Biznez talk kali ini.

Semntara itu penganjur serta penceramah utama program dengan tagline #hebaterbaik Ahmad Barawi berkata,Misi program Biznez talk selain bertujuan untuk meningkatkan jaringan perniagaan
sesama usahawan dan pemilik bisnes, Juga menjadi platform untuk usahawan menimba ilmu
pemasaran dan perniagaan sekaligus menyuntik semangat jati diri serta roh usahawan yang berdaya
saing dalam mendapani keadaan dan situasi ekonomi yang kurang baik ketika ini.

Turut serta berkongsi idea En. Faizul Sofyan selaku penganjur bahawa program Biznez talk ini akan
diadakan secara road show di seluruh sabah dan siri 2/2019 akan diadakan di Semporna pada bulan Febuari akan datang

Selain itu program ini juga akan diadakan di  daerah Keningau  Beaufort, Sandakan dan Tawau.

" Kami berharap program road show Biznez Talk di lokasi akan datang akan mendapat
sambutan dan penyertaan lebih ramai usahawan untuk hadir ke program ini yang diadakan secara
percuma tanpa sebarang yuran" katanya

Di antara syarikat-syarikat yang turut serta dalam Pengisian Program Biznez talk kali ini antaranya
Ahba Niaga Sdn Bhd, AIA Public Takaful, RF World, VC Venture Sale & Service, SGI Global, Syariikat De
Eilajj dan Tiram Studio Sdn. Bhd.

Bagi usahawan dan peserta yang berminat untuk menyertai program Biznez talk pada program
akan datang boleh menghantar Nama, No tel serta info lokasi program melalui whatsapp ke No 011-2004 3000 untuk pendaftran


0 ulasan:

Catat Ulasan