Rabu, 16 Januari 2019

AKTIVITI KOKURIKULUM MAMPU BENTUK KEPIMPINAN PELAJAR :JOHAIR



Johair membunyikan hon sebagai simbol pelancaran kejohanan tersebut
BEAUFORT:  Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum perlu disokong oleh ibubapa supaya mereka dapat menimba pengalaman pada masa hadapan serta dapat membentuk budaya berkerjasama dalam satu pasukan.

Pemimpin Pembangunan masyarakat kawasan Klias Hajah Johair Matlani berkata pengalaman serta pendedahan awal sebegini amat berguna supaya para pelajar mahir berkomunikasi dan pekan dengan isu semasa serta bijak menangani masalah.

Johair menyampaikan piala kemenangan kepada salah seorang peserta sempana majlis ttersebut

Katanya,pelajar merupakan aset penting dan bakal menjadi pewaris kepimpinan negara maka wajar untuk mereka mempersiapkan pelbagai ilmu pengetahuan memiliki disiplin serta semangat daya juang yang tinggi untuk mencipta kejayaan dalam apa juga bidang yang bakal mereka ceburi .

" Kegiatan sukan merupakan salah satu eleman yang boleh mendidik pelajar konsep kerja berpasukan,berdisplin serta memiliki semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan" katanya ketika berucap merasmikan penutupan kejohanan olahraga SMK Beaufort di kompleks sukan Beaufort kemarin.

Hadir sama Pengetua SMK Beaufort Abd.Samat Jumat dan Ketua Pemuda PKR Cabang Beaufort  Kvin Klien.

Menurut Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan Sabah pencapaian para pelajar lebih bermakna apabila ibubapa sentiasa memberikan sokongan terhadap kegiatan kurikulum dan kokurikulum anak anak mereka di sekolah.

Johair bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

" Ibubapa adalah nadi penting dalam mencorak keperibadian anak anak melalui pendidikan yang sempurna serta suasana harmoni  sejak kecil sehingga ke peringkat pengajian tinggi" katanya.

Beliau turut berharap agar ibubapa memberi ruang dan masa secukupnya  dengan anak anak ,mengawal pergerakan mereka lebih ketat untuk melindungi mereka dari pelbagai jenis ancaman atau gejala sosial negetif terutamanya semasa diluar sekolah.




0 ulasan:

Catat Ulasan