Sabtu, 12 Januari 2019

SYARIKAT TEMPATAN BERMINAT MELABUR INDUSTRI TERNAKAN LEMBU DI RUNDUM HIGHLANDS


Jamawi dua dari kiri ketika ditunjukan tapak cadangan oleh syarikat berkenaan

KEMABONG: Sebuah syarikat dari Kuala Lumpur menyatakan minat untuk melabur dalam industri ternakan lembu di kampung Rundum

Minat tersebut dizahirkan menerusi lawatan kerja  dan taklimat Syarikat Multinational BeefVelley Consortium Berhad yang di ketuai oleh Feriz Omar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar di sini baru baru ini.

Menurut Jamawi syarikat tersebut berminat melabur di Sabah khususnya di kampung Rundum Kemabong  kerana potensi,lokasi dan insentif yang disediakan oleh kerajaan.

" Saya difahamkan syarikat ini akan menjalin kerjasama dengan menggunakan teknologi daripada negara Jepun dan hasilnya nanti akan dieksport ke negara Jepun" katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat di sini baru baru ini.

Jamawi menunjukkan kawasan yang boleh di bangunkan kepada wakil syarikat tersebut.

Menurut Jamawi beliau difahamkan daging lembu Waghu boleh mencapai harga pasaran di Jepun sehingga RM2,000 sekilogram dan yakin sekiranya projek ini berjaya direalisasikan akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya anak anak muda di Kemabong dan Tenom

" Proses rundingan akan diteruskan sebelum menandatangani perjanjian untuk memulakan pelaburan ini dimana ianya melibatkan banyak pihak sebelum ianya dilaksanakan" katanya.

Jamawi(tengah) bersama rombongan syarikat tersebut menunjukkan isyarat bagus selepas sesi taklimat di pejabat daerah kecil Kemabong

Tambah Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan sebagai wakil rakyat di kawasan itu beliau sentiasa mencari idea untuk memajukan dan meningkatkan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu.

" Selain memajukan kawasan ini sebagai distenasi pelancongan yang kini mula dikenali dan dikunjungi ,sektor pertanian juga akan kita majukan di kawasan ini sebagai penjana taraf siso ekonomi rakyat setempat" katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan