![]() |
| BUNG Tanggungjawab kita pembangkang tidak semestinya hanya tahu membangkang |
KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin ( Gambar) berkata walaupun berada dalam blog parti pembangkang tidak semestinya tugas pembangkang hanya tahu membangkang.
Katanya ada dasar serta program program kerajaan yang memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya perlu disokong demi kesejahteraan serta kebaikan rakyat .
" Apabila isu menyokong dasar kerajaan ini disensasikan dimedia ada pihak pula (pemimpin) melihat dari presepsi negetif walhal yang kita sokong adalah dasar dan program yang baik dilaksanakan oleh kerajaan bukan individu " katanya ketika ditemui disini sebagai mengulas kenyataan media Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman di salah sebuah protal pada Khamis yang menganggap kenyataan Bung sebagai Hipokrit
Menurut Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah inilah masalah pemimpin bila menyempitkan kotak pemikiran yang positif dianggap negetif.
" Kenyataan saya jelas bukanya bersifat hipokrit apabila kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membawa dasar dan dan program yang memberikan manfaat kepada negeri dan rakyat kita (pembangkang ) perlu menyokong" katanya.
Menurut Bung lagi Saddi hanya membaca tajuk berita yang cuba disensasikan media bukanya membaca isi kandungannya.
"Pada saya elok rasanya beliau (Saddi) yang sekarang berada di blog kerajaan memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai wakil rakyat dengan memberikan pandangan dan idea kepada kerajaan bagaimana menangani kos sara hidup yang semakin meningkat,soal kejatuhan harga kelapa sawit soal pembangunan di kawasanya ,ia lebih baik dari mensesansikan isu yang rimih timih" jelas Bung
Tambah Bung pembangkang mempunyai peranannya sendiri tidak hanya mengharapkan kerajaan melaksanakan segala agenda bagi menjaga hak rakyat dan menjayakan pembangunan negara kerana kemungkinan terdapat isu-isu tertentu yang mungkin terlepas pandang oleh pihak pemerintah.
"Kesilapan dan isu-isu yang terlepas pandang inilah yang memerlukan perhatian teliti daripada pihak pembangkang untuk melakukan proses pembetulan" tegas Bung
Tambah Bung kerajaan tidak akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat tanpa memiliki wakil wakil rakyat yang boleh mencetuskan idea bagi merancang dan melaksanakan program pembangunan yang menjadi tanggungjawab setiap wakil rakyat bukannya hanya tahu "membodek bos " demi kepentingan peribadi bukanya kepentingan rakyat
Ketika diminta mengulas dakwaan Saddi wujud penyakit Sindrom Penafian" tentang kemasukan ahli ahli UMNO bahagian Kinabatangan ke dalam parti Warisan yang di dakwa hampir 5,000 orang Bung berkata semua orang tahu menilai dengan jumlah kehadiran sekitar 200 orang dimajlis penyerahan borang yang diadakan di Sandakan baru baru ini yang memberikan gambaran samada ada ianya mendapat sambutan atau sebaliknya.
" Saya tidak komen panjang lebar cuma saya cabar beliau (Saddi) letak jawatan sebagai wakil rakyat dan adakan PRK semula, ini kerana kemenangan beliau pada PRU 14 disebabkan sokongan padu kepimpinan UMNO dan ahli ahli UMNO bahagian yang memilih beliau sebagai ADUN yang akhirnya telah beliau khianati" katanya.
Sambil menghormati keputusan Saddi meninggalkan UMNO,, Bung mengingatkan Saddi walau pun kini berpindah arah ke parti lain namun jasa dan sumbangan BN dan UMNO kepada beliau selama ini amat besar terutamanya sokongan ahli ahli-ahli UMNO di bahagian Kinabatangan.







0 ulasan:
Catat Ulasan