![]() |
| Johair menerima cendera kenangan dari pengurus Pusat Enternit Desa kampung Kebidang Ateylia Napali selepas merasmikan program tersebut. |
BEAUFORT: Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan DUN Klias Datuk Hajah Johiar Matlani mengingatkan rakyat agar tidak menyalahgunakan kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan
Beliau berkata kemudahan seperti Pusat Internet Malaysia (PIM) yang disediakan oleh kerajaan di kawasan luar bandar bertujuan untuk memastikan masyarakat dapat mengakses maklumat seiring dengan perubahan dunia tanpa sempadan.
![]() |
| Johair tertarik dengan kreativiti penghasilan tudung dulang penduduk kampung yang dipertandingkan sempana program tersebut. |
" Saya berharap kemudahan yang disediakan ini jangan disalah gunakan dan adalah perlu setiap maklumat yang diperolehi seharusnya terlebih dahulu ditapis sebelum dikongsi dan" disebarkan dimedia Sosial (FB) dan aplikasi WhatsApp " katanya ketika berucap merasmikan Hari terbuka Pusat Internet desa di kampung Kebidang dekat sini kemarin.
![]() |
| Johiar (tengah) bersama para peserta yang menyertai pertandingan yang diadakan sempana program tersebut. |
Program tersebut anjuran bersama Pusat Internet Kampung Kebidang ,Kawasan Rukun Tetangga(KRT)dan juga Majlis Permaufakatan Komuniti kampung(MPKK) Kebidang.
Menurut Johair yang juga Ahli majlis Tertinggi Warisan masyarakat juga perlu memahami maklumat yang disalurkan di media maya yang mana sebahagiannya tidak betul dan perlu ditapis sebelum disebarkan kepada umum.
" Apabila kita berkongsi berita yang tidak betul apalagi berunsurkan fitnah ianya bukan sahaja salah di segi undang undang tapi boleh memecah belahkan perpaduan dan keharmonian" katanya
Sehubungan dengan itu katanya rakyat perlu mendapatkan maklumat rasmi dari media rasmi kerajaan seperti RTM Bernama, Jabatan Penerangan dan lain lain media kerajaan.
Mengulas program tersebut Johair yang Ketua Bahagian Warisan Beaufort ini berkata kolabarasi penganjuran program tersebut merupakan satu usaha pendekatan positif yang dapat merapatkan hubungan silatulrahim dan semangat perpaduan dikalangan komuniti setempat.









Your Affiliate Profit Machine is ready -
BalasPadamAnd getting it running is as simple as 1...2...3!
Here is how it works...
STEP 1. Input into the system what affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some push button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate system explode your list and sell your affiliate products all on it's own!
Are you ready to start making money???
Get the full details here