![]() |
| Janang Gayuh Presiden PBBS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin |
KOTA KINABALU: Masyarakat Bisaya di negeri ini diingatkan agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan terhadap larangan Perintah Kawalan Pergerakan .
Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata ,warga Bisaya tidak kira dimana berada perlu bersama membantu usaha kerajaan mengakang penularan Virus Covid-19 yang melanda negara ketika ini .
" Larangan ini bukanlah sesuatu yang amat sukar dan membebankan kita, justeru kita wajar membantu kesungguhan kerajaan menangani virus covid-19 dari merebak kita " katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar ke admin Fikrah Maya.Com.
![]() |
| PBBS yang diketuai oleh Timbalan Presidenya Haji Ruslan Muharam bersama ahli majlis tertinggi turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada pasukan Polis dan Hospital Beaufort . |
Menurut Lajim semua orang terkesan dengan keadaan sekarang,bagaimana pun salah satu cara untuk memutuskan rangkaian wabak ini dari terus merebak ialah membatasi pergaulan dan pergerakan kita seharian .
" Kerajaan tidak bermaksud membebankan rakyat dengan arahan ini,bagaimanapun inilah satu cara untuk mengakang penularan Virus Covid-19 yang sehingga kini belum ditemui vaksin untuk mengubatinya" katanya.
Lajim menambah tiada halangan untuk keluar dari rumah jika ada kes kecemasan termasuk membeli keperluan makanan bagaimanapun perlu dilakukan secara berhemah mengikut peraturan yang ditetapkan selain menjaga jarak serta tahap kebersihan.
" Anak-anak muda yang tinggal di kampung hentikan budaya melepak atau berkumpul beramai-ramai sebaliknya sentiasalah berada di rumah" tambah Lajim.
Dalam pada itu Lajim mengajak masyarakat Bisaya melakukan sembahyang hajat dan sentiasa berdoa semasa solat di rumah.
Mengulas isu bantuan kerajaan Lajim juga meminta masyarakat Bisaya bersyukur apa yang dihulurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mereka dan bagi mereka yang belum menerima bantuan sudah tentu kerajaan dan pemimpin melakukan sesuatu yang terbaik untuk mereka.








0 ulasan:
Catat Ulasan