![]() |
| Ditangguhkan |
Presiden KGK, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia berikutan arahan Kerajaan Negeri agar semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan merebaknya wabak Covid-19.
"Kita akur dengan arahan Kerajaan Negeri ini bagi mengelak kemungkinan berlaku penularan wabak Covid-19.
"Justeru, pihak kami mengambil keputusan untuk menangguhkan Sambutan Jubli Emas KGK ini sehingga larangan ini ditarik balik seterusnya menetapkan acara ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini kemarin.
![]() |
| Lajim semasa sidang dia tersebut |
Langkah-langkah pengawalan wabak Covid-19 telah dikeluarkan Kerajaan Negeri bagi mengelak kemungkinan penularan wabak berkenaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong pada kenyataannya berkata, beberapa langkah telah dikuatkuasakan terutamanya penangguhan semua acara yang melibatkan perhimpunan orang ramai yang melebihi 50 orang.
Beliau turut meminta rakyat Sabah yang menghadiri program tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini supaya segera membuat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran.
Beberapa langkah pencegahan membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disenaraikan khususnya melibatkan mesyuarat di luar Sabah.








0 ulasan:
Catat Ulasan