![]() |
| Ditangguhkan |
MEMBAKUT : Ekoran dari arahan Kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan beberapa program yang melibatkan penyertaan orang ramai,jawatankuasa penganjur Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara kali ke 9 dan Larian Padi di Membakut juga turut ditangguhkan .
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Arif dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya di sini berkata, program
Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara, Membakut kali ke-9 yang pada jadual asal nya akan diadakan pada 2 hingga 5 April depan dan Larian padi pada 11 April ditangguhkan kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian.
![]() |
| Arifin Arif |
" Penangguhan program ini berikutan arahan kerajaan untuk menangguhkan program program yang melibatkan penyertaan orang ramai bagi mengekang penularan virus COVID 19 dimana kita juga perlu cakna dan bertanggungjawab bersama untuk menanganinya dari terus merebak " katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini
Baru baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam kenyataannya berkata, beberapa langkah telah dikuatkuasakan terutamanya penangguhan semua acara yang melibatkan perhimpunan orang ramai yang melebihi 50 orang.
Menurut Safar beberapa langkah pencegahan membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disenaraikan khususnya melibatkan mesyuarat di luar Sabah
Dalam pada itu Arifin yang juga Ketua bahagian Bersatu Kimanis meminta orang ramai khususnya di kawasan ini sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa pihak Kementerian Kesihatan.
" Jangan penik dan berkongsi berita berita yang tidak sahih di media sosial atau didalam grop WhatSApp sehingga menimbulkan suasana yang penik di kalangan masyarakat" katanya
Arifin juga menyeru semua Umat Islam khususnya di daerah ini melalui jawatankuasa masjid dan surau mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan negara dari bala wabak coronavirus yang sedang melanda di seluruh negara termasuk Malaysia.








0 ulasan:
Catat Ulasan