![]() |
| Jamawi Jaafar Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan. |
KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sabah dari blok kerajaan menzahirkan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal sebagai Ketua Menteri
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Jamawi Jaafar berkata beliau diberikan jaminan dari rakan rakan wakil rakyat kerajaan akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri .
" Wakil rakyat dari blok kerajaan telah memberikan jaminan mereka akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri sekali pun telah berlaku perubahan di peringkat kerajaan pusat" katanya
Jamawi yang juga Ahli Dean Undangan Negeri kawasan Kemabong berkata demikian sebagai mengulas beberapa spekulasi liar ketika ini yang wujudnya usaha beberapa wakil rakyat kerajaan keluar parti .
"Beberapa spekulasi serta komen- komen daripada penganalisa politik kononnya akan berlaku perubahan kepimpinan di Sabah adalah merupakan satu tuduhan yang melulu dan tidak benar" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di DUN Sabah , beliau telah mendapat jaminan dari semua wakil rakyat kerajaan yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri untuk terus memacu pembangunan dan ekonomi negeri Sabah.
Tambah Jamawi sebagai wakil rakyat tidak kira di blok kerajaan dan pembangkang banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada rakyat di kawasan masing-masing masing yang seharusnya perlu diberikan perhatian oleh semua wakil rakyat selari dengan fokas kerajaan negeri dibawah kepimpinan Shafie untuk terus memperkasakan pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat di negeri ini.
Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berkata wakil wakil rakyat kerajaan bersetuju untuk memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada Ketua Menteri dalam menentukan hubungan negeri dan persekutuan.
"Kita yakin dan percaya bahawa kepentingan rakyat dan negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan Ketua Menteri' katanya.
Untuk rekod kerajaan negeri ketika ini diwakili seramai 43 orang wakil rakyat dari kerajaan.







Did you know there's a 12 word phrase you can say to your partner... that will induce deep emotions of love and impulsive appeal for you deep within his heart?
BalasPadamThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and care for you with his entire heart...
===> 12 Words Will Fuel A Man's Desire Response
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will drive him to work better than before to make your relationship as strong as it can be.
Matter of fact, triggering this all-powerful impulse is absolutely essential to having the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...
...You'll immediately find him open his heart and mind to you in a way he haven't expressed before and he'll distinguish you as the one and only woman in the world who has ever truly understood him.