![]() |
| Jamawi menyerahkan sumbangan penutup mulut,(FaceMask) Sanitizer, Penentu Suhu badan kepada jawatankuasa bencana Covic 19 Tenom |
TENOM: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 bersama pihak hospital daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan virus tersebut merebak ke daerah ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata walaupun kedua-dua daerah ini belum ada laporan jangkitan virus Covic-19 , namun ianya tidak seharusnya melekakan jawatan kuasa Bencana dan orang ramai untuk tidak bersedia menangani bencana tersebut.
" Jawatankuasa ini dan hospital Tenom termasuk klinik kesihatan Kemabong sudah dibentuk sejak beberapa minggu lepas dan jawatankuasa ini juga turun padang memberikan maklumat kepada orang ramai tentang bahaya virus Covid -19 termasuk arahan Perintah Kawalan Perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan Bencana Covid-19 daerah Tenom /Kemabong dan penyampaian FaceMask, Sanitizer, Penentu Suhu badan dan perbelanjaan makan minum untuk semua petugas di barisan hadapan di pejabat daerah Tenom kemarin.
![]() |
| Jamawi mendengar taklimat dari pengarah Hospital Daerah Tenom. |
Jamawi turut memuji komitmen dan kesiap siagaan jawatankuasa tersebut selain maklum balas positif Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan pemimpin masyarakat khususnya di kawasan Kemabong yang sudah mengambil inisiatif tersebut termasuk mendirikan papan papan tanda dan kain rentang yang mereka usahakan sendiri mengenai larangan dan bahaya virus covid-19.
" Saya kagum dengan kesiap siagaan jawatankuasa ini termasuk pihak hospital, hari ini walaupun banyak cabaran terpaksa saya lalui namun saya bersemangat untuk bersama-sama mereka menghadapi cabaran ini" katanya
![]() |
| Jamawi menyantuni petugas keselamatan dan menyampaikan bantuan FaceMask, Sanitizer, Penentu Suhu badan dan |
Dalam pada itu Jamawi sekali lagi mengingatkan penduduk khususnya di Kemabong agar terus berada dirumah masing masing tidak melakukan aktiviti sosial di luar disamping sentiasa mengutamakan kebersihan.
" Saya harap MPKK dan Ketua Kampung kenal pesti aliran komuniti keluar masuk ke kampung mereka masing-masing bagi mempastikan mereka bebas dari virus Covic-19 " katanya.
![]() |
| Pengerusi MPKK dan penduduk kampung ambil sikap cakna tentang penularan virus Covid 19 dengan membuat papan tanda peringatan sendiri. |
Selesai Mesyuarat tersebut Jamawi turut melakukan lawatan ke Hospital Tenom dan turut mendengar taklimat daripada Pengarah Hospital Dr Paul Joseph akan persiapan dan kesiapsiagaan pihak hospital dalam menerima kes kes Covid 19 selain melawat pejabat Kesihatan Tenom dan Klinik Kesihatan Kemabong
Jamawi juga mengambil kesempatan meninjau 3 lokasi Pemeriksaan Keselamatan oleh pihak PDRM dan Rela iaitu di Jalan Tenom-Keningau, Jalan Tenom-Sipitang dan Jalan Tenom-Entabuan










0 ulasan:
Catat Ulasan