![]() |
| Ringankan beban Jamawi menyampaikan bantuan bahan makanan kepada salah seorang penduduk di kampung Bamban |
KEMABONG: Masyarakat luar bandar terutamanya golongan yang berpendapatan rendah merupakan golongan yang amat terkesan dengan ancaman penularan virus Covid-19.
![]() |
| Pakej Bantuan Covid-19 Sabah legakan rakyat |
" Saya memahami kesukaran ini khususnya bagi rakyat Kemabong yang mejoritinya terlibat dalam sektor pertanian sebagai sumber pendapatan mereka amat terkesan dengan musibah ini ,usaha membantu meringankan sedikit beban mereka akan kita lakukan secara berperingkat peringkat" katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan keperluan makanan di kampung Bamban dekat sini
![]() |
| Jamawi menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada salah seorang penduduk dikampung Bamban DUN Kemabong. |
Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan meminta rakyat khususnya di kawasan Kemabong bersabar dan bertenang dimana usaha untuk membantu meringankan beban mereka telah dan akan terus dilaksanakan sepanjang tempoh larangan Perintah Kawalan Perjalanan.
" Insyaallah,saya akan berusaha untuk memberikan bantuan barangan makanan asas kepada setiap rumah yang ada di DUN Kemabong . walaupun mungkin nilainya tidak seberapa tapi sekurang kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan di saat saat sukar sebegini" katanya
![]() |
| Petugas dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Kemabong siap sedia menghantar keperluan makanan ke seluruh kampung Dun Kemabong |
Tambah Jamawi
Pusat Khidmat ADUN Kemabong sudah bersedia secara berperingkat mengagih-agihkan bantuan keperluan makanan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Kemabongm
"Aggihan ini akan disampaikan secara berperingkat melalui MPKK masing masing ,Ketua isi rumah tidak perlu keluar rumah kerana jentera kita akan mengaggihkan dari rumah ke rumah secara berperingkat" jelas Jamawi.
Jamawi juga turut merakamkan ucapan kepada Menteri Pembangunan Insfrastruktur yang juga Ketua Bahagian Warisan Tenom Datuk Peter Anthony yang turut menyediakan bungkusan makanan asas untuk diagih-agihkan kepada rakyat di Kemabong .










0 ulasan:
Catat Ulasan