![]() |
| Bung (lima dari kanan) bersama rombongan ketika menyampaikan sumbangan di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas. |
KOTA KINABALU: UMNO Sabah melahirkan rasa terkilan dengan sikap beberapa individu yang membuat pelbagai tomahan terhadap usaha parti iti menghulurkan bantuan kepada petugas di bahagian hadapan dalam menangani virus Convid -19 termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi.
Ketuanya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata usaha mereka bertujuan membantu semampu mungkin kepada para petugas terutamanya di hospital yang telah mengorbankan masa dan tenaga dan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan rasiko dalam menangani kes kes yang positif virus Covid-19.
" Ini satu tomahan yang tiada perikamanusian ,ketika kita menghadapi musibah masih ada segelintir individu bermain politik mengelar kami (UMNO) sebagai kumpulan perompak ,penyamun dan sebagainya apabila kami tampil menghulurkan bantuan" katanya.
![]() |
| Bung sempat bertanyakan perkembangan bersama petugas barisan hadapan di Hospital Wanita Dan Kanak Kanak Likas . |
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap beberapa individu penyokong parti Warisan yang membuat tomahan dimedia sosial mengelarkan rombongan UMNO Sabah sebagai kumpulan penyamun dan perompak apabila tampil menghulurkan bantuan terawal kepada petugas di Hospital dan para pelajar di Unversiti Malaysia Sabah (UMS) dan UiTM Sepanggar.
Seorang pemilik Akaun Media Sosial Nordin Ening penyokong parti Warisan memuatkan naik statusnya apabila melihat UMNO Sabah mula bergerak menghulurkan bantuan dengan pelbagai tomahan dan memperlekehkan bantuan yang diberikan.
Sebelum itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengetuai rombongan UMNO Sabah menyampaikan bantuan keperluan makanan,minuman serta keperluan asas yang lain kepada para petugas di barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas hospital petang kelmarin.
Sebelum itu rombongan juga turut mengagih-agihkan sumbangan serupa di QEH 1 ,QEH II , Fulkati perubatan dan kejururawatan UMS,UiTM dan pihak keselamatan.
Sebelum itu rombongan juga turut mengagih-agihkan sumbangan serupa di QEH 1 ,QEH II , Fulkati perubatan dan kejururawatan UMS,UiTM dan pihak keselamatan.
Menurut Bung beliau sendiri tidak faham sikap individu berkenaan yang lebih bermain politik dari memikirkan musibah yang dihadapai oleh negara dan rakyat .
Tambahnya UMNO Sabah tampil lebih awal menghulurkan bantuan kerana merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat selain melihat kelembapan kerajaan negeri termasuk parti Warisan sebagai tunjang kerajaan negeri lambat dalam menghulurkan bantuan.
" Kita lihat kerajaan kerajaan negeri yang lain mereka sudah di hadapan memberikan pelbagai bantuan dan pakej ransangan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat dalam menangani ancaman Covid-19 katanya.
Tambah Bung sudah seminggu berlaku arahan perintah kawalan perjalanan barulah kerajaan negeri mengumumkan pakej rancangan ekonomi untuk menangani isu covid-19.
' Rakyat khususnya diluar bandar yang kurang berkemampuan sudah tentu terkesan dengan masalah ini yang memerlukan sikap cakna dari kerajaan termasuklah badan badan NGO dan parti parti Politik' jelas Bung.
Dalam perkembangan lain Bung juga mengarahkan semua Ketua bahagian dan ketua ketua cawangan UMNO di seluruh negeri memantau dan mengenal pesti masalah yang dihadapi oleh rakyat ketika berhadapan musibah ini.
''Saya harap mereka turun padang cakna kepada masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik mana yang mampu kita bantu kita hulurkan bantuan" katanya.
Turut serta dalam rombongan tersebut Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan,Ketua Pergerakan Pemuda Sabah Ir.Abd.Aziz Zulkarnain dan Penolong Setiausaha UMNO Sabah Awang Asli Lakat.
Turut serta dalam rombongan tersebut Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan,Ketua Pergerakan Pemuda Sabah Ir.Abd.Aziz Zulkarnain dan Penolong Setiausaha UMNO Sabah Awang Asli Lakat.









0 ulasan:
Catat Ulasan