Isnin, 9 Mac 2020

Bersatu Beaufort sokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri


Isnin (tengah) bersama ahli jawatankuasa Bersatu bahagian Beaufort yang hadir ke mesyuarat tersebut.
BEAUFORT:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  bahagian Beaufort menyokong penuh pelantikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menurut Ketua Peneranganya Jafari Kunin sudah sampai masanya Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri sekali gus menyelesaikan kemelut politik yang berlaku sebelum ini.

"Pelantikan beliau ini memang tepat pada masanya kerana kewibawaan dan pengalaman Tan Sri Muhyiddin dalam politik telah cukup matang dan kita berharap dengan penyusunan kabinet baharu dibawah pentadbiran beliau (Muhyiddin) mereka akan dapat berkerja dalam satu pasukan yang mantap bagi membawa pembangunan,dan keharmonian untuk rakyat di negara ini " katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa Bersatu bahagian Beaufort di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketuanya Datuk Isnin Haji Aliasnih yang turut dihadiri oleh Timbalanya Fredolin Pinggoh,Ketua  Srikandi Datuk Hajah  Aziazah DSP Mohd Dun Ketua Armada Sharil Haji Osin dan  Setiausaha bahagian Haji Mohd Jali Nordin 

Menurut Jafari pelantikan Muhyiddin dan kabinet baru diharap akan  membawa impak besar dan berita baik untuk rakyat Sabah  kerana menyakini  beliau akan memberi tumpuan utama kepada negeri ini meskipun kerajaan negeri tidak bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Oleh itu sudah sampai masanya Sabah memainkan peranan penting dalam soal pembangunan negara bangsa selain akan turut menerima limpahan ekonomi dan sosial lebih baik di bawah kepimpinan beliau,” katanya

Terdahulu mesyuarat tersebut turut membincangkan mesyuarat cawangan cawangan ,srikandi armada dan bahagian.

Sebanyak 22 cawangan . akan mengadakan mesyuarat mereka  masing- masing yang akan dimulakan oleh Sayap Srikandi pada 14 Mac ini bertempat di dewan serbaguna DSP Mohd Dun,diikuti oleh Armada pada 21 Mac sementara cawangan cawangan akan mengadakan mesyuarat masing masing pada 28 Mac di cawangan masing masing disusuli dengan. Mesyuarat bahagian tarikhnya akan diputuskan kemudian.

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Beaufort melahirkan rasa terkilan kerana Ahli Parlimen Beaufort yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Hajah Azizah DSP Dun tidak disenaraikan dalam jemaah kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri kemarin.

Katanya sebagai Ketua Srikandi ahli politik yang berpengalaman luas seharusnya Aziah diberikan ruang untuk membarisi barisan baharu kabinet yang dilantik.

" Apa pun kita akur dan menerima keputusan tersebut dan Bersatu bahagian Beaufort juga berharap Azizah akan diberikan peluang untuk menduduki jawatan pengerusi dalam mana mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas ini* katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan