Isnin, 23 Mac 2020

COVID-19 YAYASAN SABAH HULUR SUMBANGAN PETUGAS BARISAN HADAPAN HWKK LIKAS

Zulkhairi (kiri ) bersama rombongan ketika menyerahkan sumbangan tersebut
KOTA KINABALU: Atas rasa kebersamaan mendepani wabak pandemik Covid-19 Yayasan Sabah tampil membantu bagi mengurangkan kesukaran yang ditanggung oleh pasukan petugas di barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Rombongan yang diketuai oleh Pengurus Kumpulan Penyelaras Pentadbiran Bahagian Zulkhairi Ismail pagi kemarin turut menyampaikan beberapa sumbangan berupa kerusi plastik, tilam, bantal, meja dan air minuman.

Menurut beliau sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggung jawab sosial Yayasan Sabah kepada petugas hadapan dalam menangani menangani isu covid-19

" Kita memahami bukan sedikit cabaran dan rasiko yang dihadapi oleh petugas di barisan hadapan yang amat memerlukan sokongan dari semua pihak apalagi hospital  ini  menjadi pusat kuarantin kepada pesakit saringan virus yang merbahaya seperti Covid-19 ini." katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan ringkas tersebut.


Menurut Zulkhairi  yang juga Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara  para doktor, jururawat dan pasukan keselamatan serta petugas-petugas lain yang terlibat secara langsung untuk menangani wabak Covid-19 ini mereka tidak ada masa untuk berehat kerana terpaksa memberi tumpuan yang serius, justeru dengan sedikit sumbangan ini  turut menguatkan semangat mereka untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat .

Setakat ini sejumlah 82 kes positif covid-19 dilaporkan di negeri dan satu kematian turut dilaporkan berlaku di Tawau.

Zulkhairi menambah sudah tiba masanya untuk semua pihak jabatan,agensi kerajaan, badan badan NGO dan politik tampil menghulurkan bantuan yang sesuai bukan sahaja bagi petugas dibarisan hadapan juga pelajar pelajar yang terkandas di institusi pengajian tinggi  di negeri ini dan mereka yang terkesan dengan musibah ini

" Kita ketepikan persangka berbaur politik bila ada pihak bersedia menghulurkan bantuan seperti ini,sebaliknya kita perlu bersatu membantu kerajaan dan petugas menangani musibah ini, kita perlu menunjukkan semangat dan sikap kebersamaan menangani dan  mendepani wabak COVID 19-ini  " jelas Zulkhairi .

Turut hadir Pengurus Kumpulan, Yayasan Sabah, Bahagian Pantai Barat Hanafih Diman Timbalan Pengarah (Pengurusan) Azman Poji ,Penolong Pengarah (Pengurusan) Raffie Anak Akai,Penolong Pengarah(Pengurusan)  Dr Amirul Mohd Sallehuddin Mannnan dan  Penolong Pengarah (Unit Kualiti) Dr.Wong Wei Kong 

0 ulasan:

Catat Ulasan