Sabtu, 21 Mac 2020

MPKK dan KK diminta perjelaskan maklumat Perintah Kawalan Pergerakan kepada penduduk kampung

Burnley menjelaskan maklumat kepada salah seorang pemimpin ketika mengadakan lawatan tersebut.
TENOM: Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah ini diarahkan memperkasakan Perintah Kawalan Pergerakan di peringkat kampung.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong, Burnley Balang berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tenom menerima laporan terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan perintah tersebut.

“Hasil pemantauan pihak jawatankuasa, masih ada yang menganjurkan majlis perkahwinan, pertunangan, majlis hari jadi, majlis 100 hari, 40 hari, acara sukan dan majlis suka-suka.

“Seperti yang sedia maklum bahawa apa sahaja bentuk majlis atau program melibatkan perhimpunan ramai adalah tidak dibenarkan sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tenom mengambil serius tentang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan beberapa lawatan bersama jawatankuasa Bencana alam daerah ke beberapa buah kampung bagi menjelaskan maklumat mengenai perintah kawalan Pergerakan di kawasan Kemabong 

Burnley bersama jawatankuasa Bencana alam daerah ketika menyampaikan maklumat di salah sebuah kampung di DUN Kemabong semasa lawatan tersebut.

Antara kampung kampung yang dilawati Pekan Kemabong ,Kampung Sugiang Tengah,Mamaitom,Kaparugan,Marais,Kiliwata,Kuala Tomani,Skim Penampatan LIGS Kuala Tomani dan kampung Kalibatang.

Menurut Burnley , setakat kelmarin Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan Covid-19.

Justeru itu katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tenom menasihati semua masyarakat di daerah ini diharapkan dapat bekerjasama dalam mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan



0 ulasan:

Catat Ulasan