Jumaat, 13 Mac 2020

PROGRAM TAKLIMAT DAN PENYERAHAN KIT MESYUARAT AGUNG WARISAN BEAUFORT DITANGGUHKAN

Ditangguhkan 

BEAUFORT: Program Takilmat dan Penyerahan Kit Mesyuarat Agung Cawangan tahun 2020 dan perasmian mesyuarat penaja cawangan Warisan Fasa 5 bahagian P.177 Beaufort ditangguhkan ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian .

Ketua Warisan Bahagian Beaufort Datuk Hajah Johair Matlani berkata program yang dijadualkan pada 14 Mac ini ditangguhkan sebagai mematuhi arahan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak  yang COVID-19.

" Bagi mematuhi arahan dan sebagai langkah mengekang penularan COVID 19 kita tangguhkan program ini ke satu tarikh baru sehingga keadaan terkawal yang akan kita maklumkan kemudian" katanya dalam satu sidang media di pejabat Warisan Bahagian Beaufort kemarin.

Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi Warisan berkata penangguhan ini juga sebagai satu langkah bertanggungjawab kepada rakyat khususnya di Beaufort dan negeri Sabah bagi membendung penularan virus yang semakin meruncing.

Dalam perkembangan yang sama Johair juga meminta rakyat khususnya di kawasan itu agar terus mengambil langkah pencegahan dan memastikan sentiasa menitiberatkan kebersihan serta mengikuti semua saranan agensi berkaitan.

"Bersama kita berdoa semoga negara kita berjaya menghadapi ujian dan bebas dari sebarang musibah akibat virus Corona 19 ini" katanya

Langkah-langkah pengawalan wabak Covid-19 telah dikeluarkan Kerajaan Negeri bagi mengelak kemungkinan penularan wabak berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong pada kenyataannya berkata, beberapa langkah telah dikuatkuasakan terutamanya penangguhan semua acara yang melibatkan perhimpunan orang ramai yang melebihi 50 orang.
 
Beberapa langkah pencegahan membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disenaraikan khususnya melibatkan mesyuarat di luar Sabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan