![]() |
| Rakyat Kemabong memberikan kerjasama penuh dalam agihan bantuan keperluan makanan. Bersama Jamawi |
KEMABONG: Sejumlah 6,757 daripada 7,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kemabong telah menerima bantuan keperluan makanan masing masing
bagi membantu mereka yang terkesan dengan virus Covid-19.
Ahli dewan undangan negerinya Jamawi Jaafar berkata sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing masing selain ada yang beliau serahkan sendiri kepada penerima .
" Selama lima hari usaha kita lakukan bagi menghantar bantuan ini, bagaimanapun bagi mereka yang terlepas pandangan ,kita masih menyimpan baki bakul makanan sebanyak 700 bakul di Pusat Khidmat Adun Kemabong dan mereka yang belum memperolehinya boleh berhubung dengan pengerusi MPKK masing-masing untuk mendapatkannya " katanya ketika ditemui selepas hari ke lima agihan sumbangan tersebut di sini kemarin.
![]() |
| Bantuan sampai ke pintu rumah,Jamawi sendiri serahkan kepada penduduk di salah sebuah kampung di Kemabong. |
" Kita mengambil insiatif menambah peruntukan tersebut melalui sumber lain termasuklah menggunakan peruntukan sentuhan kasih yang diperuntukkan kepada setiap Adun bagi menambah peruntukan dan menyelaraskan bantuan untuk membolehkan semua (KIR) yang terkesan dengan Virus Covid -19 memperolehi bantuan walau pun kadarnya tidak seberapa namun dapat meringankan beban rakyat " jelas Jamawi.
![]() |
| Kerah tenaga Jamawi sendiri bersama jentera agihan menurunkan barang barang bantuan dari kenderaan |
Jamawi turut berterima kasih kepada Menteri Pembangunan Insfrastruktur yang juga Adun Melalap Datuk Peter Anthony yang sumbang 1000 bungkusan makanan untuk diagih-agihkan di kawasan Kemabong
![]() |
| Walau sedikit semua merasa bantuan |
Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mengingatkan agar rakyat khususnya di Kemabong agar jangan terpengaruh dengan pelbagai provokasi yang tular dimedia sosial mengani isu bantuan ini yang cuba dimainkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab sebaiknya berterima kasih kepada kerajaan yang cakna dan sedia memberikan bantuan kepada rakyat .
" Apa yang penting kita perlu bersyukur dan berterima kasih dengan. Bantuan yang diberikan dan sebaiknya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan agar virus covid-19 dapat diputuskan dan rakyat kembali hidup dalam suasana yang aman dan sehat bagi meneruskan aktiviti seharian " katanya










0 ulasan:
Catat Ulasan