KUALA PENYU: Rakyat khususnya di daerah ini diingatkan agar mematuhi perintah kawalan perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan virus covid-19.
Limus ketika menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk di Kuala Penyu.
Wakil rakyat kawasan ini Datuk Limus Jury berkata setakat ini daerah Kuala Penyu masih bebas dari penularan Virus ini ianya perlu dipertahankan dengan mematuhi arahan disamping mengutamakan aspek kebersihan .
" Kita bersyukur setakat ini belum ada laporan penularan virus Covid-19 di daerah ini justeru perkara ini perlu kita awasi dan pertahankan agar kesejahteraan hidup rakyat di daerah ini terus terjamin " katanya ketika ditemui selepas turun padang mengagih-agihkan keperluan makanan ke seluruh kampung di kawasan ini " kemarin.
![]() |
| Limus turun padang mengetuai jentera agihan bantuan. |
Mengulas bantuan tersebut Limus yang juga Ketua bahagian UPKO Beaufort berkata agihan akan diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kuala Penyu bersama pengerusi pengerusi MPKK disetiap kampung yang bergerak rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan.
" Saya harap mereka (penduduk) kampung bersabar kita akan agihkan bantuan peringkat demi peringkat dimana jentera kita bergerak agak terhad bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ,saya bagi jaminan semua penduduk tanpa mengira fahaman akan mendapat bantuan ini" katanya.
Menurut Limus beliau memahami semua orang terkesan dengan musibah ini justeru semua berhak untuk menerima bantuan tersebut.
Dalam pada itu beliau meminta mana mana penduduk kampung yang terlepas pandang dari menerima bantuan ini agar memaklumkan kepada pengerusi MPKK di kawasan masing masing agar bantuan dapat disalurkan segara.







0 ulasan:
Catat Ulasan