Isnin, 16 Mac 2020

UMNO SABAH TANGGUH SEMUA MESYUARAT CAWANGAN:JAFRY

Jafry (tengah) semasa sidang media tersebut .Hadir sama Timbalanya Awang Aslee (Kiri) dan Bendahari Umno Sabah Suhaimi Hj.Nasir (Kanan)

KOTA KINABALU :Umno Sabah hari ini mengumumkan bahawa semua mesyuarat parti itu di peringkat cawangan  diseluruh bahagian di negeri  yang bermula sejak 15 Feb lalu  ditangguhkan ke tarikh baru  yang bakal dimaklumkan kemudian.


Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry  Arifin (gambar)  memberi tahu keputusan itu selari dengan arahan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat UMNO Kuala Lumpur kemarin.

 "Kita (Umno Sabah) menerima arahan tersebut dimana penangguhan itu sebagai langkah berhati-hati akibat penularan COVID-19" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu menurut Jafry arahan tersebut juga merangkumi semua program program UMNO yang membabitkan orang ramai juga  tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengeluarkan arahan melarang semua persatuan daripada mengadakan sebarang program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung hingga 30 Jun depan.

Jelas ROS, arahan khas itu dibuat sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 bagi setiap peringkat pertubuhan, termasuk cawangan.

Untuk rekod, semalam Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 190 kes kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini 428 kes.

Dalam perkembangan yang sama Jafry berkata sebelum ini sudah ada cawangan cawangan yang telah mengadakan persidangan di beberapa bahagian di negeri ini dan bagi yang belum mengadakan mesyuarat cawangan diminta menangguhkannya sehingga makluman baharu dikeluarkan oleh ibu pejabat UMNO 




0 ulasan:

Catat Ulasan