![]() |
| Jamawi memberikan penghormatan terakhir kepada Mandiang Mail Mathew di kediaman mereka kampung Mantaling Tenom sebelum dikebumikan. |
TENOM :Pemergian Wartawan Daily Express Mail Mathew @ Ambrose (gambar) disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan khususnya di kawasan Pedalaman Tenom.
![]() |
| Mandiang Mail Mathew |
Menyifatkan mandiang Mail sebagai wartawan yang berdidikasi,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata beliau bukan sahaja membuat liputan tentang kegiatan ahli ahli politik namun dalam tulisan mandiang juga sering kali memperjuangkan isu isu semasa terutamanya dalam menyampaikan masalah rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.
" Saya kenal secara dekat mandiang Mail sebelum saya menyertai politik beliau merupakan wartawan yang mudah dihubungi dan berdidikasi mudah membantu apabila kita meminta liputan tentang program yang kita laksanakan bukan sahaja program program politik malah program program badan sukarela dan masalah rakyat turut diberikan liputan " katanya ketika ditemui selepas melakukan ziarah dan penghormatan terakhir sebelum mandiang di kebumikan di kediaman beliau di kampung Mantaling dekat sini kemarin.
![]() |
| Jamawi kiri menyaksikan jenazah Mandiang Mail dimasukkan ke dalam Van Jenazah Pusat Khidmat Rakyat DUN N.36 Kemabong untuk dibawa ke tanah perkuburan. |
Mail Mathew @ Ambrose 67 meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Khamis lepas.
Mandiang meninggalkan seorang isterinya Agui Jaruman 66 dan lima orang anak .
Salah seorang anak perempuan mandiang Flora Mail berkata, mandiang menghidap didiagnosis dengan kanser paru paru tahap 4
Mandiang Mali mula sakit sejak November lalu dan keluar dan masuk dari hospital di Tenom, Keningau dan terakhir di Hospital Queen Elizabeth sebelum meninggal dunia
Mandiang juga merupakan seorang yang aktif menulis dan politik di daerah Tenom dimana mandiang merupakan Setiausaha Bahagian Parti Demokratik Sabah (PDS) dan juga ahli jawatankuasa Upko Tenom.
Sebelum menjadi wartawan mandiang pernah berkhidmat di Jabatan Tanah dan Ukur, dan juga seorang guru, seorang anggota polis, dan penyelia di Kompleks Sukan Tenom dan Sandakan.
Pada kunjungan tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan disamping menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mandiang beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi dan menyediakan perkhidmatan Van Janazah Pusat Khidmat Rakyat N.36 Kemabong bagi membawa Jenazah mandiang Mail ke tanah perkuburan sebagai penghormatan terakhir kepada mandiang.









0 ulasan:
Catat Ulasan