![]() |
| Arifin (tengah) bersama ibubapa pelajar yang hadir ke mesyuarat agung tersebut. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata , dengan sokongan padu ibubapa dan PIBG baharulah sekolah dapat membangun seterusnya melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti.
“Kerjasama erat ibu bapa sangat diperlukan bukan sahaja untuk mendidik anak-anak, tetapi perlu menyokong apa juga rancangan atau program dianjurkan pihak sekolah demi kejayaan anak-anak,” katanya pada Majlis Perasmian mesyuarat agung PIBG SMK Membakut di sini .
![]() |
| Arifin menerima cendera kenangan selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut |
" Sumbangan tidak semestinya dalam bentuk kewangan tapi melalui kepakaran lain seperti gotong royong membersihkan sekolah ,program menangani masalah disiplin pelajar semantara ada dikalangan ibubapa pelajar merupakan pendidik yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran tertentu boleh tampil membantu pelajar membuka kelas tusyen secara percuma kepada pelajar" katanya.
Arifin berkata hubungan baik antara ibubapa ,PIBG sudah tentu akan menjamin masa depan sekolah lebih cerah .
Dalam perkembangan lain Arifin yang juga Ketua bahagian Bersatu berkata kecermalangan minda dan akhlak pelajar juga perlu terbina di rumah dimana ibubapa sendiri perlu memberikan perhatian dan penekanan kepada aspek ini agar mereka boleh berjaya dan cemerlang.
" Sikap cakna kepada perkembangan pendidikan dan tingkah laku anak-anak terutamanya semasa di luar rumah perlu diberikan perhatian khusus agar mereka memberikan tumpuan kepada pendidikan dan tidak terjebak dengan gelak sosial " katanya.
Sementara itu katanya, kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan di negara ini dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti.
Terdahulu dari itu Arifin juga turut merasmikan mesyuarat agung PIBG Sk Bandau disekolah tersebut.








0 ulasan:
Catat Ulasan