Rabu, 1 April 2020

UMNO SABAH AGIH 150 TAN BANTUAN MAKANAN KE SELURUH SABAH: BUNG

Bung bersama kepimpinan UMNO Sabah di majlis penyerahan sumbangan tersebut 

KOTA KINABALU: Umno Sabah mula mengagihkan bantuan berupa keperluan harian lebih 150-tan selain penutup mulut dan hidung serta cecair pembersih tangan kepada 12,5000 keluarga terpilih yang disahkan memerlukan bantuan segera di negeri ini melalui 25-ketua bahagian Umno 


Ketuanya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata bantuan tersebut bagi meringankan beban mereka yang terkesan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dalam  menghadapi suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.
Bung menunjukkan barang barang keperluan makanan yang akan diagihkan kepada penerima 

Bung berkata agihan  berkenaan bermula hari ini di mana setiap bahagian dianggarkan menerima 8 sehingga 9-tan bantuan berkenaan. Buat permulaan, penghantaran akan bermula dengan tujuh bahagian iaitu Tawau, Kalabakan, Semporna, Silam, Sandakan, Beluran dan Batu Sapi.

" Saya telah mengarahkan kepada bahagian -bahagian UMNO di negeri ini agar agihan sumbangan ini diberikan kepada golongan yang benar benar memerlukan tanpa batasan parti,agama dan kaum" katanya ketika ditemui selepas menyerahkan agihan bantuan kepada ketua-ketua bahagian di Kota Kinabalu Indsutrial Park (KKIP), Sepanggar kemari.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, ahli majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,dan Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Datuk Khadzim Yahya .

Dalam perkembangan lain Bung berkata sebelum ini sayap sayap UMNO Sabah telah pun bergerak menyampaikan bantuan sama ada makanan mahupun keperluan Personal Protective Equipment (PPE) kepada para petugas barisan hadapan seperti anggota keselamatan dan bahagian kesihatan.

Bung yang  juga Ahli Majlis  Tertinggi  Ummo turut menzahirkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang turut menghulurkan pakej bantuan demi bantuan kepada rakyat di negeri ini.

"Ucapan terima kasih juga  kepada wakil rakyat Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman yang telah mengambil inisiatif sama untuk membantu rakyat negeri ini dengan suntikan dana sejuta ringgit untuk keperluan tersebut secara holistik" tambah Bung 

Dalam perkembangan yang sama Bung juga meminta agar setiap bahagian jentera dan mereka yang bertugas dalam pengagihan tersebut agar berhati-hati dan pastikan keselamatan diri sendiri tidak terabai semasa  bertugas dan menghubungi pihak penyelaras dari daerah masing-masing bagi memudahkan penyelarasan tugasan agihan.  

Sementara itu, sempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-74 RTM, Ahli Parlimen Kinabatangan ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga RTM yang telah memainkan peranan dalam menyampaikan berita-berita sahih kepada rakyat di negara ini.

Bung turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun ke 74 kepada RTM

Beliau berharap RTM akan terus unggul sebagai platfom penyampai berita perdana yang sahih dan paling dipercayai di negara ini.

2 ulasan: