Isnin, 13 Januari 2020

Ribuan Sertai Himpunan Anak Muda Kimanis

Mohd Shafie (tengah) bersama pemimpin Warisan dan hadirin yang hadir ke himpunan tersebut.


KIMANIS: Dewan Terbuka Bongawan Plaza bergema dengan sorakan lebih 3,000 belia sempena program Himpunan Anak Muda Kimanis malam tadi.

Himpunan yang diadakan sempena Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Kimanis yang dianjurkan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu turut dihadiri Ketua Menteri merangkap Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal.

Turut hadir dalam himpunan tersebut adalah Menteri Kesihatan merangkap Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Wira Warisan Sabah, Datuk Mohd. Azis Jamman; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong serta Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe.

Himpunan berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal Malaysia dan artis tempatan Sabah seperti Ezylnn, Lan Solo, Ebi Kornelis, Lotter AF, Sabhi Saddi daripada One Nation Emcees.

0 ulasan:

Catat Ulasan